Betullah apa orang kata "yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti"
hai gais..lama
betul tinggal blog ni..maaf maaf..bukan lupa..tapi lebih kepada menghayati dan
cuba memahami kehidupan baru...*cewahh ayat* hahaha..sebenarnya banyak sangat
bende yang nak aku cerita dalam ni tapi tak tahu nak cerita mana satu
dulu..hahaha okay kita mula dengan kehidupan baru aku..*jeng jeng
jengggggggg!!!*
aku cuba tulis
spontan...
Kehidupan degree tak sama
macam diploma..ya alhamdulillah aku dapat Arau macam yang aku nak..tapi
kehidupan awal disini aku benci..*classmate hambar* dan aku betul2 rasa hilang
dan tak sama macam zaman diploma dulu..tapi tu mula-mula, biasalah..orang kata
tak kenal maka tak cinta *chia chiaaa*. hari demi hari kami semakin kenal,
makin mesra dan akhirnya masuk air bersama..hahaha Alhamdulillah sekarang kami
bagai keluarga..
*Confession semalam….
“jujur ni..mula-mula kitorg masuk kelas
kitorang paling benci dkt korang tiga *Ramdan, Aku dan Khairul*”
“Dengan muka kereknye, poyo je masuk kelas”
“Tapi bila dah kenal tak sangka pulak
korang macam ni hahahah”
Dan kami pun berhuhuhu…
Ya aku tak kesah sebab
dah biasa pun..situasi sama bila aku pergi mana-mana..orang akan cakap aku POYO
hahaha tapi bila dah kenal lain..sama macam zaman diploma dlu..semua cakap aku
poyo sebelum kenal *biasa dah*. Entahlah..tapi kadang-kadang aku suka jadi poyo..bukan
apa..pada aku seronok sebab dapat tengok orang judge kita..dari situ
sebenarnya kita dapat kenal seseorang..pada aku lagi, aku suka dilabel poyo,
berlagak dan sombong..sebab dari situ orang akan bercakap pasal kita..maknanya
aku tahu ada orang memerhati aku dan ambil kisah pasal aku.. *hahah poyo kan?*.
tapi sebenarnya aku bukan macam tu..cuba tanya orang yang kenal aku..cara aku
berbeza dengan orang yang aku rapat, kenal dan tak kenal. Lagi satu aku x suka
orang faham aku..tapi.. * lelaki mana yang taknak perempuan yang dia suka faham
dia kan* hahaha lari topik kejap..
RAP220c…
Korang punya semangat
lain macam..semua aktif macam kanak-kanak yang tak pernah ada masalah..kalau
boleh 24jam nak ada aktiviti dengan korang..penat..penat gelak hahaha..korang awesome…
serius!
RAP120c…
Korang apa cer?? Macam mana
kehidupan degree korang..kasi lah review sikit..apa pun..aku rindu
korang serius..ada masa kita lepak nanti..jemput-jemput la melawat aku dekat
arau ni..hahah..aku harap korang pun enjoy dengan kehidupan baru
korang..korang pun awesome… serius!
Aku tahu
makin lama aku makin mengarut..
Otak berkecamuk antara
Mandrin dengan Statistic..
Arghhhh aku stress..
Mana satu nak baca ni..
Aku gerak dulu..
Nanti jumpa lagi..
Bila aku ada mood nak
menaip *hahaha k*
Goodluck semua dan
goodluck untuk aku..

Comments
Note: only a member of this blog may post a comment.