Wednesday, 4 January 2023
Moga Murah Rezeki
Wazzup korang yang masih baca blog Afiq ni.
Macam biasa tukang update blog ni aku, Sofie aka AO yang dah lama menyepi. So, alhamdulillah hari ni, hari ke-berapa tahun baru kita masih bertemu di sini. Syukur....
Tepu sebenarnya nak update cerita bagi pihak orang. Sebab kita pun garu kepala jugak nak garap idea cari cerita. Tapi takpe...kita teruskan saja...
Dari mana nak mula ea?
Oh ya, sekarang alhamdulillah Afiq telah pun menjadi seorang ayah pada anaknya. Sedar tak sedar, semua orang dah berkeluarga ya. Alhamdulillah, moga murah rezeki...
Kalau blog ni hambar ke apa, abaikanlah ye...sebab aku yang menulis ni pun tengah ambil mood nak sembang dengan alam maya. Biasa sangat tulis bahasa yang takde orang nak baca,...dekat sini kita santai-santai je okay?
Mutakhir 2022 hari tu, terlalu banyak cabaran. Kadang tu tak tahulah bila sebua cabaran ini kan berakhir. Aku harap dengan berkat korang yang doakan aku, semoga semua doanya berbalik kepada korang juga.
Aku doa semoga apa yang korang hajati bagi tahun 2023 ini ditunaikan, dipermudahkan dan segalanya menjadi kenyataan.
Aku pun takde benda nak sembang sebab Afiq sendiri masih sibuk berjuang. Lama dah tak lepak sejak-sejak jadi ayah hari tu. Tapi takpe, aku faham...
Ni aku tolong buang sawang blog ni je. Kalau korang baca blog ni dan harap Afiq or aku datang komen, aku mintak maaf awal...sebab tak selalu ada masa untuk blogwalking.
Kadang dah balik kerja, otak cramp macam kena shock. Tua benar bunyinya kan...tapi itulah kenyataan.
Aku pun tak banyak benda nak cerita. Just aku harap korang tolong doa agar rezeki dimurahkan. Aku perlu sangat-sangat doa dari korang semua. Semoga diperkuatkan jiwa untuk terus berjuang dan bertahan pada setiap badai kehidupan.
Aku doakan juga pada semua yang membaca agar dimurahkan rezeki.
Itu je lah dari aku sebagai pencuci sawang di blog ni. Pape roger....
Sunday, 7 August 2022
Aku, Hidup dan 1444 Hijrah
Kabare gais!
Lama giler tak update life aku kat sini. Ini pun aku yang update. Bukan Afiq. Aku as in AO dan juga sofieadie.
Kau tengoklah sejak AO tenggelam, blog ni pun berhabuk tak terupdate. Yang hidup blog sofie je. Well, aku pun tak nak pening-peningkan korang. Kata Blog Afiq, tapi tukang updatenya sofie. Mendelahkan.
AKU
Thanks Afiq sebab percaya aku untuk jadi pencerita bagi hidup kau. Akulah si penglipur lara hahahahah. Entri ni aku buat atas kebenaran Afiq. Dia bagi isi, aku reka ayat ikut aku punya rasa.
Bila last aku tolong update blog ni ea?
Owh, masa zaman Afiq bujang lagi dowh. Sekarang dah nak jadi ayah orang dah sia. Giler lama. Aku punyalah tinggalkan blog ni suruh dia update sendiri. Alih-alih, aku jugak yang tukang taip reka cerita dekat sini.
Kalau korang masih stay sampai sekarang, aku ucapkan terima kasih daun keladi. Aku tahu, semua orang ada kehidupan masing-masing. Sibuk tak payah cerita. Tapi aku tetap punya masa untuk update walau berkala. Berkala mende last aku update 23 Mei 2021! *face palm*
Tak berasa betul dah setahun lebih.
HIDUP
Hidup selepas last entri: 23 Mei 2021
Okay, selepas 23 Mei 2021, Afiq dengan 'Misi mahu tamatkan zaman bujang' bermula begitu rancak. Tipunya semua platform cari jodoh dia join. Itu pun dengan bantuan aku. Kitaorang tolong dia tapis, finalised mana yang dia rasa berkenan. Itu semua usaha yang dia buat. Ikhtiar sebelum putus asa.
Serius giler masa tu. Aku sendiri kalut jadinya. Maklumlah tinggal berapa bulan lagi nak habis 2021, seorang calon pun takda kan. Garu kepala member.
Kekecewaan demi kekecewaan yang dia terpaksa hadap dan aku terpaksa dengar, yang berhujung dia sibukkan diri dengan lebih dalam dunia kerjaya.
Tup, tup PKP balik.
PKP yang keberapa aku pun dah tak kira. Masa PKP tu, nak dijadikan cerita, drama cinta Afiq bermula. Smooth giler. Kalau korang tanya aku, hampir setiap kali jumpa Afiq, dia akan bukak cerita macam mana detik pertama drama cinta dia bermula. Sebab member kita layan je. Walau itu cerita yang kesejuta kalipun. Tadahlah telinga tanpa jemu. Macam first time dengar. Angguk-anggukan je.
Sebab orang tengah tak percaya yang dia dapat lunaskan misi dengan begitu mudah. I'm so proud of you brother!
Afiq Bertunang
So, dalam fasa PKP tu, Afiq dan bakal isterinya bertunang. Orang Melaka. Afiq kan Selangor, alhamdulillah proses merentas negeri masa tu juga dipermudahkan.
Time ni Afiq tak bagitahu yang dia nak bertunang. Lepas pada tunang baru dia khabarkan. Senyap-senyap member buat kerja. Sedih dan gembira jugak bila dia bagitahu. Sedih sebab aku takleh dah nak suka hati-suka hati lepak dengan dia dah pas ni. Gembira sebab itu hajat dan misi yang dia idamkan.
Sepanjang tempoh dia bertunang ni, dan masing-masing sibuk dengan struggle dunai kerjaya vs covid vs PKP, banyak hal nak kena handle, maka tak perasan masa berlalu begitu pantas.
Afiq kahwin akhirnya!
Dalam hujung bulan 9 or 11 macam tu (aku pun tak ingat), Afiq send kad jemputan pada kitaorang. Kelab Arau-ian yang tahu dulu. Kitaorang dengan terujanya apa lagi, plan lah nak ke kenduri. Kenduri belah perempuan dulu dekat Melaka. Kitaorang as in Al, Baz dan aku share satu kereta gerak ke sana.
Disebabkan menghormati permintaan Baz, kitaorang terpaksa untuk tidak hadir Majlis Akad Nikah.
Aku dengan Al agak terkilan sikitlah sebab tak dapat tengok majlis yang gilang gemilang tu.
Disebabkan PKP baru je habis, jadinya Majlis pun tak boleh nak berlama. Sempatlah makan, ambik gambar, bagi hadiah semua, kitaorang pun bersurai.
1444 Hijrah
Di kala sahabat lain sibuk dengan dunia kerjaya, Afiq dan pasangan sedang menempuh alam pre-parents. Kitaorang doakan semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan urusan buat korang.
Kaulah kawan dunia akhirat. Aku tahu kau boleh survive walau berjuta dugaan yang melanda. Chey chey chey....serius dowh.
Aku rasa takat tu jelah cerita aku untuk hari ni. Setahun lebih punya cerita aku pun dah lost track dah apa yang berlaku.
"Papehal aku masih je dekat sini. Cumanya, agak sibuk so aku mintak jasa baik sofie updatekan" - Afiq.
"Kaulah tak reti nak update blog aku"
-_-
Ye aku dah updatekan dah ni.
Aku tengah koyak broken jiwa raga ada je suruh update itu ini. Tapi okaylah, ada jugak distraction buat aku untuk tidak fokus pada broken semedang.
"Kau, lepas ni takyah guna produk Coway. Kita boikot sesama tahu!"
"Asal?"
"Panjang cerita dia...yang penting lepas ni jangan sesekali subscribe produk Coway!"
"Aku memang tak minum air Coway. Rasa dia pelik"
"Bagus!"
Itu adalah perbualan terakhir sebelum entri ini ditulis.
Cerita Seorang Afiq selepas setahun menghilang. Papehal aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan juga dunia akhirat. Walau kita tak sama ujian, aku tahu...cabaran kita seiring jalan. Dan hidup....perlu diteruskan.
Akhir kalam, sampai bertemu di lain entri! Moga Husnul Khatimah!
Sunday, 23 May 2021
Perjalanan seorang Surveyor kini Kontraktor
Akhirnya diberi juga masa dan kesempatan untuk menulis sendiri!
Sibuk mengalahkan Datuk Seri! Haih...Nasib ada jugak AO tengok-tengokkan. Maaf ya yang mana comment tak berbalas :(
Jadi kita nak mula dari mana ya??
Beginilah kehidupan seorang afiq..bukan taknak jenguk kesini tapi kerjaya sebagai seorang kontraktor sangatlah sibuk. Lagi-lagi di musim pandemik ni. Nak menguruskan syarikat sendiri, pekerja, sales, customer yang bermacam ragam..haih..
Nasib juga masih single..kalau tak kesian pasangan..eh! hahahah
Tapi sebenarnya depends jugak pada individu tu sendiri macam mana dia uruskan masa dia kan?
Pada aku, kerja tu priority nombor DUA dalam hidup aku sekarang selepas family. Almost 70% masa aku habiskan dengan kerja, 5% tidur dan selebihnya tu depends…
Orang cakap takda work life balance, tapi pada aku kerja tu lah life aku buat masa ni..I love what I do!
I think this is gonna be a longggg entry but I will try to make it short :)
Seperti dijanjikan, entri hari ni aku akan kongsikan sebuah perjalanan seorang surveyor yang kini menjadi seorang kontraktor.
Macam mana boleh jadi kontraktor???
Sebenarnya penat dah jawab soalan ni dengan kawan-kawan. Maklumlah, habiskan masa 6 tahun belajar dalam bidang geomatik, tiba-tiba tukar bidang. Tapi tu yang orang nampak.
Sebenarnya 6 tahun + 2 tahun dalam industri survey tak lah lama berbanding 14 tahun dalam bidang kontraktor ni..
14 TAHUN??!
Yes 14 tahun!
Aku mula terdedah dengan sektor pembinaan ni dari umur 10 tahun. Darjah 4. Entah datang dari mana minat tengok orang buat rumah. So, cuti-cuti sekolah aku akan semak minta kerja dengan indon-indon yang buat kerja renovation dekat kawasan rumah tolong bancuh simen ke…
Bahasa tukang orang panggil "kongsikong" lah mcm tu hahah dapatlah RM25 ringgit sehari..
Macam mana boleh confident nak buka syarikat kontraktor sendiri? Tahu Buat kerja ke?
Tahlah datang dari mana keyakinan ni.
Tapi, sebelum tu aku berhenti sebagai seorang surveyor dengan gaji basic semasa RM2800. Notis 24 jam sebab ada conflict dengan pekerja lama. Malas nak gaduh dengan working environment yang tak bestnya..huh!
Tapi keyakinan tu datang bila terdetik satu ayat dalam hati
"Sampai bila nak kerja dengan orang..."
Berbekalkan ilmu yang tak seberapa dan modal tak seberapa, aku start dengan project kecil-kecil tanpa mengajikan pekerja untuk kumpul aset (barang-barang kerja) dan asah balik skill.
Konsep aku, ambik je apa pun kerja. Boleh buat ke tak boleh tu nombor dua. Sebab bila owner dah bagi deposit nak taknak kena bagi boleh jugak..belajar lah macam mana pun janji siap cantik dan tuan rumah puas hati.
Alhamdulillah setakat hari ini belum pernah kecundang :)
Sentiasa dipermudahkan urusan aku belajar sesuatu yang baru dengan hanya memerhati sampai ada client cakap, "Saya tak tahu lah apa je yang kamu tak boleh buat Afiq" hahaha *bangga jap..
Then baru lah slow-slow form team. Dan sekarang, dah ada 14 orang pekerja MAA TEGUH BINA dalam masa setahun 6 bulan :)
Hakikatnya, nak jadi seorang bos bukan senang ya anak-anak :) Entah berapa kali aku nangis. Aku terduduk, bangun balik then terduduk balik…
Tak semua orang yang tahu..
Lagi-lagi nak run syarikat dalam musim pandemik ni. Nak kekalkan sales, nak jaga kebajikan pekerja, nak yakinkan customer…
Hat ni paling berat sebab nama kontraktor melayu ni dah rosak….
Susah orang nak percaya kontraktor melayu disebabkan segelintir yang merosakkan nama melayu ni. Nak bersaing dengan cina. Yaa aku ikut 100% cara Cina berniaga. Bergaul dengan diorang banyak dapat nasihat..
Kenapa Cina punya harga tinggi?
Sebab servis diorang tiptop!
Jangan main harga. Biar tak dapat untung sikit, janji tak rugi. Selagi ada kudrat kita hustle lebih sikit. huhu
Moga-moga tercapai impian pencen sebelum 50..hahaha
Sekarang kita kerja keras dulu cari duit..
Jadi aku akhiri entri ini dengan bangganya mengatakan,
"yang aku seorang kontraktor muda berumur 26 tahun dengan 16 tahun pengalaman!"
hahahahha acahhhh
Sunday, 9 May 2021
Berangan selagi percuma
Berangan sebagai satu cara untuk aku mencapai impian.
Berangan sebagai cara untuk topup segala keyakinan yang impian aku itu mudah untuk dicapai.
Berangan...selagi ia percuma.
Berangan selagimana ia masih dalam batas syariat Tuhan.
Berangan semampu boleh untuk menjadi pemangkin menjadi manusia bermanfaat pada alam fana.
Ya. Dunia ini akan musnah.
Ya, dunia ini akan punah.
Aku berangan, satu hari nanti aku ada satu case bag exit plan macam yang selalu kita tengok dalam movie. Hahahaha tingginya angan aku.
Cuma, part pistol tu aku tak surelah kenapa ianya perlu. AO dah cakap, daripada kau letak pistol, gantilah dengan AlQuran ke. Samada aku nak dengar tu aku punya pasallah. Namalah berangankan?
Orang kata, sebelum kita miliki sesuatu, kita kena ada gambaran dalam minda. Untuk ada gambaran dalam minda setiap hari, kita kena reka ia secara fizikal.
Sesetengah orang dia buat dalam bentuk board yang ditampal pelbagai gambar. Sesetengah orang pulak, pandang gambar dalam phone setiap hari. Aku?
Aku pilih untuk buat dummy version dulu.
So, abaikanlah label beg Made in China tu😅
Nak harap aku update, memang boleh bersawang blog ni dibuatnya. Nasiblah ada cowriter, wakil pencerita, penulis blog ni.
So, aku tak dapat nak follow blog korang satu persatu. Kerja kontraktor ni penat dia memang luar biasa. Tak meeting dengan clients, siapkan kerja yang client minta. Nak nak pulak raya, semua orang push suruh siap cepat.
Tu raya yang belum tentu boleh orang datang ziarah tu. Bayangkan kalau semua orang push suruh buat, deco, renovate rumah masa bulan puasa ni....perghhh cabaran sungguhlah.
Puasa tetap puasa. Moga pekerjaan ini dihitung sebagai ibadah dan dikira sebagai pahala Ramadhan. Amin....
Korang pe cer puasa? Orang nak raya kau baru bukak topik puasa...mendeeee
Marilah kita berangan selagi percuma. Jangan angan mat jenin sudah!
Tu jelah dari aku. Papehal roger!
Ihsan tulisan dari AO


