Meet Afiq Ikhwan!

Seorang pelajar jurusan Sains Geomatik yang berkecimpung dalam industri pembinaan sebagai kerjaya. Seorang kontraktor yang bercita-cita besar untuk miliki syarikat setanding Megah Holding.

Saturday, 13 August 2016

AKU DAN BOLA

Sabtu, Ogos 13…

     “ Abangg!! Bangun makan..” *Teriak mama dari dapur*

*Tersentak* Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 1338..*menggeliat* seronok juga dapat bangun lewat cuti-cuti macam ni..selalunya pagi-pagi lagi aku dah dikerah ke pasar membeli barang dapur dan barang basah..

     “yee! Jap ma 15 minit..”

Arghh malasnye nak bangun..sempat jugak aku menaip memandangkan komputer sedia terbuka di atas meja..

2 jam berlalu..yaa aku baru saja habiskan dua episode “doctors” yang aku terlepas dek sibuk dengan kerja..jadi ini lah aku di hujung minggu..kalau tak keluar meraban menghabiskan duit..aku akan habiskan masa dengan komputer, katil dan gitar..ya mungkin hobi baru tapi aku cuma bermain hanya untuk kepuasan diri..huh! gulai rebung dengan talapia bakar dah selamat dihadam..entah bila lah lagi aku dapat makan masakan mama sejak bulan depan aku kena kembali menetap di arau.

Memandangkan epl bermula malam ni jadi aku buka topik “aku dan bola”..apa kaitan dengan aku?

     “Susah nak cari lelaki tak minat bola”
     “eiii membazir je pergi sampai Vietnam semata nak tengok bola”
     “serius lah kau pergi Singapore semata tengok bola?!”
     “tak rugi ke? Tak rasa membazir ke?”

Yaa tak ramai faham aku..mungkin minat kita berbeza..macam mana pulak dengan gamers yang melabur duit beribu ringgit hanya untuk membeli papan kekunci dan tetikus komputer? Membazir bukan? Sedangkan bagi kita yang biasa-biasa ni anggap “sama je kan keyboard dengan mouse yang biasa tu? Membazir je..” itu lah yang kebanyakan kita tak faham..

bila berbicara soal minat dan jiwa ianya berkait dengan kepuasan..jadi tolong jangan mempertikaikan minat seseorang dengan mempersoalkan kepuasan yang dia dapat. Kau takkan pernah faham selagi kau bukan salah seorang dari mereka..percaya aku.

     “kenapa nak pergi jauh-jauh? Dekat tv pun boleh tengokkan?”

Soalan ni juga pernah menjadi persoalan dalam diri aku masa aku masih belum terjebak dengan dunia aku sekarang..ya soalan lazim..jawapannya Tak sama! Macam aku cakap tadi..kami yang minat akan memilih sesuatu untuk memenuhi kepuasan diri sendiri..menonton bola di stadium tak sama macam menonton bola di television..kenapa? sebab takda jiwa.. kalau nak di bukukan, lengkap dah pengembaraan aku untuk semenanjung Malaysia..tinggal stadium sabah dan Sarawak aku belum jejak.. mungkin satu hari nanti untuk aku lengkapkan juga..

     “kau spend berapa ringgit sebulan untuk bola?”

Aku sendiri tak pasti jawapan untuk soalan ni sebab aku sendiri tak pernah ada bajet untuk bola..lagipun jadual perlawanan bukannya tetap..kadang seminggu dua perlawanan..kadang awaydays jadi bajet aku tak tetap asal aku dapat pergi. Bermula dengan Ultras dan Rawang Brigade tapi sekarang aku memilih untuk bergerak dengan kelab sendiri..yaa kami NSS..yang lebih kepada kelab komuniti dan bukan sekadar kelab penyokong..

     “susah nak cari lelaki tak minat bola”

Sama lah macam susah nak cari perempuan yang minat bola..sebab apa? Zahirnya lelaki ni kalau tak bola dia akan minat game..dua je..ada bukan tak ada..tapi tak salah dia nak minat apa pun asalkan dia tak minat lelaki jugak dah lah..hahah dan asalkan dia x lupa tangunggjawab dia yang lain…


Dah lah..tak payah faham minat aku..mari kita duduk semeja borak..masuk air sama-sama..haha

#MerahKuningLambangKebanggaan

#you’llNeverWalkAlone

Friday, 12 August 2016

AKU PILIH GEOMATIK



     "Bukan aku tak move on..."

arghhh!!!
bukan aku tak sedia nak hadap geomatik lagi..bukan jugak tak sedia nak hadap degree tapi tak sedia nak hadap situasi yang berbeza di tempat yang sama.....

     "alhamdulillah dapat jugak aku sambung degree..masih geomatik dan masih diarau seperti yang
     diharapkan.."

Memori yang tercipta tanpa sengaja..tiga tahun tak cukup nak diceritakan dalam satu entri dan tak pernah cukup untuk dirungkai dalam bentuk perkataan..suka..duka..cinta..biarlah aku sendiri yang hadam dalam kepala..

     "Tahniah, Anda berjaya ditawarkan tempat di...."

Huh! berakhir jugak debaran...sungguh saat itu aku rasa sangat tak sabar nak bergelar sebagai seorang pelajar kembali..yaa tak sabar nak letak notis berhenti kerja atas meja yang berlapik kulit..bukan kerana aku bosan atau mengalah dengan kerja aku sekarang..cuma aku ingin bebas buat seketika..bebas dari tanggungjawab seorang surveyor..sekarang aku dapat rasa bertapa berat tangungjawab seorang surveyor..bukan sekadar mengira kepingan kertas dihujung bulan..

     "yeay! dapat arau!!" teriak aku...

Bermula babak sedih dalam babak gembira..apa guna aku di arau kalau hanya tinggal aku dan kenangan? mungkin dua tiga orang masih setia bersama aku..tapi tetap tak sama macam dulu! bila mana aku cuba bayangkan mereka yang selalu bermain dimata kini tiada lagi untuk menjadi lukisan dalam hari-hari aku.. huh! sungguh arau takkan sama macam dulu! 




Mungkin kalau dulu aku pilih untuk rapat dengan korang..sekarang aku nak pilih untuk ada dengan korang lagi..tapi laluan kita dah tak sama..betullah apa orang cakap orang yang selalu dengan kita takkan selamanya dengan kita..biasanya yang ditinggalkan ni lagi terasa dari yang meninggalkan..jadi aku boleh katakan situasi aku ni situasi ditinggalkan la kot sebab semua yang lain dan move on..

     "wehh asal senyap? kau dapat mana?"
     "Ikram tak bagi tahu kau ke?
     "takde pulak..kenapa?"
     "aku tak dapat la..upu dengan penerapan.."
     ...........

AKU TAK DAPAT! Masa tu aku rasa sebak bercampur serba salah..wehh! apa kau rasa bila seseorang yang kau ada susah senang masa diploma tak dapat sedangkan yang lain semua dapat..rasa serba salah sebab tak dapat tolong kau kawan! hm..di saat kami teruja membincangkan tempat belajar masing-masing dan semangat mencari rumah sewa..yaa memang patut kau senyap..aku rasa apa yang kau rasa..InshaAllah rezeki kau ad tapi bukan disini kawan..

     "1703, Afiq masih di pejabat dan masih mengadap komputer riba...arrghhh ketandusan idea!
     terlalu banyak hati ni berkata sampai susah nak cerna"

Bagi aku ruang untuk berbicara soal cinta....
Untuk kau yang aku cinta..aku minta maaf sebab tak pernah berjaya buktikan apa-apa..aku minta maaf selalu buat hari kau berserabut..aku minta maaf kalau aku yang gagal dalam hubungan ni..hampir tiga tahun kau ada dengan aku..kau kenal aku..kau bertahan dengan aku..kau cuba sayang aku..aku minta maaf kalau aku punca..aku dah cuba apa yang aku mampu..terima kasih sebab kau aku kuat..sebab kau aku semangat dan sebab kau kita habis diploma..

Alhamdulillah hajat aku tercapai nak habis sama2..tu cukup buat aku gembira dan rasa dihargai bila kau cari aku untuk cuba bangkit saat kau jatuh..terima kasih sebab bagi aku peluang sayang kau dan kenal cinta..kau dah pilih untuk haluan kau..moga kau lebih bahagia dengan hidup baru yang kau cuba cipta..aku? aku kene pergi dan buang perasaan ni..

Walaupun hari-hari aku masih berfikir tentang kau..stalk kau..dan masih tunggu kau..tapi sekarang aku betul-betul kene buang perasaan ni sebab aku tak rasa yang aku masih ada peluang..aku sedar perasaan aku ni cuma buat kau lagi sakit..betul cakap kau..hati manusia tak boleh dipaksa..aku tak pernah menyesal dan tak pernah anggap kau salah..kalau kau kata kau tak sedia sekarang aku sendiri simpulkan sebenarnya aku yang masih belum sedia bukan kau..

     "yaa tahu dah 1730..malasnya nak balik!!! jauh lagi perjalanan ni..rasa nak je bermalam dekat 
     pejabat ni!"

Akhirnya tergendala juga entri dipejabat..

     "2319, Afiq kembali menaip..."

Baik..mungkin ini yang terakhir..buat mereka yang selalu bersama aku dulu...kumpulan kerja lapangan...sorang masih setia disisi aku..lagi tiga dengan dunia baru..semoga korang berjaya dengan pilihan tu dan tak lupa aku..pada semua yang aku pilih untuk rapat..aku tak pernah menyesal dengan keputusan tu..carilah aku kalau bosan..mungkin nak bercerita tentang kehidupan baru tanpa aku? akan aku tunggu notifikasi beharga dari korang! Tahniah Semua...

     "ceritaku tergantung"

Peduli apa aku..sudahlahtu, aku mahu beradu...

Monday, 1 August 2016

SURVEY TRIP

Berbalik pada asas ukur..survey is science, art and technology.....mohon sambung sendiri sbb aku sendiri tak igt hahaha..tapi apa yang penting dalam ukur actually bukan maksud tapi konsep.. simple and basically semua student tahu konsep ukur adalah "From Whole to The Part" tapi tak semua tahu how to apply this concept in real work..apa kaitan benda ni dengan kerja ukur? aku taknak jawab sebab one day you'll find out by yourself..trust me!

Adik - adik yang masih belajar tu please..kukuhkan teori dulu.. bukan sekadar mahir dalam kerja lapangan tapi tak tahu tujuan sesuatu kerja dibuat.. ramai yang terbalik sebenarnya..kenapa aku cakap macam tu? this words selalu sangat kita dengar "ala korang tak pandai teori tapi perform kerja luar takpelah" yaa mungkin takpa pada masa belajar..tapi kesan bila korang dah mula kerja..so please kukuhkan teori dan law.. kerja luar, kendali alat, skill no dua..

Bila dah jadi surveyor nanti tanamkanlah dalam diri korang "Aku nak jadi surveyor yang memudahkan surveyor lain". Ramai surveyor harini buat kerja cuma nak lepaskan tengkuk sendiri..ya tak semua tapi segelintir ni memberi kesan pada semua..janganlah menipu kalau buat kerja sebab dia melibatkan lot sebelah2..menyusahkan surveyor lain nak cari base lagi2 kerja title..InshaAllah kita mudahkan kerja orang lain Allah mudahkan kerja kita :)..




ok cerita yang dah lama terbuku dan baru nak dikeluarkan..hahah sebab dah janji kan..igt malas dah nak up entries ni..huhu maaf lama x update hahaha bro tengah cuba move on ni mood memang kelaut sikit..tu yang menyepi sekejap..lagi pun job company tengah rancak memang busy sakan lah..ni pun curi masa sikit sambil-sambil sediakan data kerja padang esok huh..kot la jumpa jodoh muda dekat sekolah menengah teknik sepang hahaha..

balik kepada tajuk..okay..kerja ni actually melibatkan kerja sama 2 senior serveyor yang memang awesome lah dan 2 surveyor muda haa tu termasuk aku lah yang x seberapa nak ada pengalaman ni..task aku adalah disuruh gain sebanyak mana skill dan pengalaman dari dua orang super senior surveyor ni..so kitorang berempat ni lah surveyor dan chainman saling bergilir..

Tempoh kerja yang diperuntukkan hanya seminggu dan Alhamdulillah 12 hektar kami jajah dalam masa seminggu tu..hutan..banyak rupanya pantang larang kerja dalam hutan ni..nak cerita pengalaman la kan..haha! aku sesat sensorang..walaupun 10 minit tapi rasa macam 10 jam..kau bayangkan hutan yang bersepah haiwan liar macam harimau dengan beruang..dalam kepala memang x tercerita lah hahaha..so 7 hari kitorang di merapoh tersangatlah banyak pengalaman, ilmu dan kenangan..bermain dengan kelah..memang tersangat teruja..bagi pencinta alam macam aku memang eksited tengok tumbuhan hutan..sangat sangat unik! dan berduri -,- but seriously fun..aku boleh katakan 80% tumbuhan hutan berduri..hahahah* nampak tak eksaited sebab 1st time masuk hutan yang betul-betul hutan * hahahah ok aku mengaku teruja..

so hari terakhir tu lah kitorang manfaatkan sepenuhnya untuk mandi sungai, main dengan ikan kelah dan naik ke puncak untuk tengok sendiri banjaran gunung Tahan..sangat2 cantik!! ohmaigod lagi lama aku eksaited menaip lagi mengarut nanti...

so konklusinya...apa yang aku dapat simpulkan dari apa yang aku perhati dan aku lalui..dalam kerja padang..apa yang paling penting bagi seorang surveyor bukan skill kendali alat tapi perancangan..untuk merancang kerja dengan baik kita kena tahu teori, keperluan kerja dan of course pengalaman lagi membantu.. :) see yaa 

Once Survey..Forever Survey <3