Meet Afiq Ikhwan!

Seorang pelajar jurusan Sains Geomatik yang berkecimpung dalam industri pembinaan sebagai kerjaya. Seorang kontraktor yang bercita-cita besar untuk miliki syarikat setanding Megah Holding.

Berangan selagi percuma

Sunday, 9 May 2021

Aku suka berangan.
Berangan sebagai satu cara untuk aku mencapai impian.
Berangan sebagai cara untuk topup segala keyakinan yang impian aku itu mudah untuk dicapai. 
Berangan...selagi ia percuma.
 
Berangan selagimana ia masih dalam batas syariat Tuhan.
Berangan semampu boleh untuk menjadi pemangkin menjadi manusia bermanfaat pada alam fana.

Ya. Dunia ini akan  musnah.
Ya, dunia ini akan punah.
Tapi, aku sesekali tak akan berputus asa untuk mencipta nama dan pahatkan ia sedalam mungkin pada warga Bumi. 

Gambar sekadar hiasan

Aku berangan, satu hari nanti aku ada satu case bag exit plan macam yang selalu kita tengok dalam movie. Hahahaha tingginya angan aku.


Cuma, part pistol tu aku tak surelah kenapa ianya perlu. AO dah cakap, daripada kau letak pistol, gantilah dengan AlQuran ke. Samada aku nak dengar tu aku punya pasallah. Namalah berangankan?


Orang kata, sebelum kita miliki sesuatu, kita kena ada gambaran dalam minda. Untuk ada gambaran dalam minda setiap hari, kita kena reka ia secara fizikal.


Sesetengah orang dia buat dalam bentuk board yang ditampal pelbagai gambar. Sesetengah orang pulak, pandang gambar dalam phone setiap hari. Aku?


Aku pilih untuk buat dummy version dulu.

So, abaikanlah label beg Made in China tu😅


Nak harap aku update, memang boleh bersawang blog ni dibuatnya. Nasiblah ada cowriter, wakil pencerita, penulis blog ni.


So, aku tak dapat nak follow blog korang satu persatu. Kerja kontraktor ni penat dia memang luar biasa. Tak meeting dengan clients, siapkan kerja yang client minta. Nak nak pulak raya, semua orang push suruh siap cepat.


Tu raya yang belum tentu boleh orang datang ziarah tu. Bayangkan kalau semua orang push suruh buat, deco, renovate rumah masa bulan puasa ni....perghhh cabaran sungguhlah.


Puasa tetap puasa. Moga pekerjaan ini dihitung sebagai ibadah dan dikira sebagai pahala Ramadhan. Amin....


Korang pe cer puasa? Orang nak raya kau baru bukak topik puasa...mendeeee


Marilah kita berangan selagi percuma. Jangan angan mat jenin sudah! 


Tu jelah dari aku. Papehal roger! 


Ihsan tulisan dari AO

Comments

  1. hahah mana tahu mmg kne guna pistol ke time tu kan..kot zombie apocalypse ke kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahah tah..mana tahu lps fasa covid ni dia mutation jadi zombi kan hahaha

      Delete