Meet Afiq Ikhwan!

Seorang pelajar jurusan Sains Geomatik yang berkecimpung dalam industri pembinaan sebagai kerjaya. Seorang kontraktor yang bercita-cita besar untuk miliki syarikat setanding Megah Holding.

Friday, 12 March 2021

Tak Sama...

Orang selalu nampak kita mewah dan senang ada-adanya hasil hidup dibawah bayangan orang lain. Tapi, orang tak pernah tahu...jerih dan payah bangunnya kita untuk jadikan kita itu, kita hari ini...


Isu ni kalau nak dibahas, sampai ke sudah memang akan senantiasa ada ulangannya yang sama. Balik-balik, orang tetap akan berkata, mengata dan apa saja yang boleh buat hidup kita serba tak kena....Pelik! Walhal bukan mereka yang hulur kala kita derita...


Kita...tak sama...


Mungkin kau nampak aku gah membeli barangan mewah, tapi kau tak tahu itu adalah reward buat diri aku yang terperuk simpan impian untuk milikinya bertahun dahulu...mungkin...


Paling kelakar, boleh pulak nak ukur kejayaan kita dengan usaha dia? 

Ewah, ewah, ewah....dia kerja 9-5, Isnin-Jumaat, kita siang malam, Isnin hingga Ahad...mana sama!


Eh, aku pulak yang emo...


Tak...aku just nak cakap...struggle kita takkan pernah sama...



Macam ada satu quote yang seorang Afiq ni suka;

Life is a struggle for every human. We have different struggle but we are struggling in our different ways...


Maka, kita tak sama...


Hatta tulisan co-writer dan author blog ni sendiri pun akan punya rima yang berbeza walau isi yang hendak disampai itu sama....


So, cukup sampai sini aku tolong update entry buat blog ni...sebabnya seorang Afiq lagi kesibukan bina legasinya...


Papehal, thanks geng sebab sudi lepak even virtually....



by AO

Tuesday, 2 March 2021

2 MARCH TO HANDLE

Yeahhh hello guys..


Glad to be here againnnn.. Alhamdulillah Berkat "AO", seorang afiq kembali semula ke sini..



Lama dah tinggalkan dunia blog ni.. So, since ni first comeback entries.. I just want to share yang I'm too busy having real life out there.. *padahal takde life*. 


Contoh busy seorang afiq:



So, since I'm too busy bina legasi untuk mencipta peluang pekerjaan kepada yang memerlukan, terlantiklah "AO" tanpa sengaja sebagai co-writter kepada seorang afiq..hahaha..


Ni AO nya. 



Maklumlah lama tak update.. So here sedikit sebanyak tentang aku.. Daripada seorang surveyor kepada seorang pemilik syarikat kontraktor.. How and why? Tunggu next entries yaaa :) inshaAllah..


Salam kembali and Wish me luck dalam membina empayar angan-angan sendiri ;)


- by Afiq


///


Yup, aku AO. Tukang edit, kemaskan bahasa, masukkan gambar, make sure ada pembaca dan sebagainya. Untuk korang yang datang sini dari blog aku, jutaan terima kasih diucapkan kerana support blog member nan seorang ni.


Untuk korang yang datang dari fan club Seorang Afiq, aku tahu sangat tu...rata-ratanya korang tak main blog. Tapi, tetap aku nak ucapkan terima kasih kerana menghidupkan laman ni. Aku harap takde dahlah entri bertajuk 'Aku belum mati', 'Kembali' dan sebagainya.


Apa-apa pun, akulah yang kena pastikan ianya terusan hidup. 


Tu jelah short introduction sebagai co-author/co-writer kepada seorangafiq.blogspot.com ni. Aku harap satu hari nanti, si afiq ni tak kedekutlah nak beli domain. At least, tak tergeliat lidah nak hafal url. 


Adios!

-by AO