Monday, 7 November 2016
Patah tak Hilang
Betullah apa orang kata "yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti"
hai gais..lama
betul tinggal blog ni..maaf maaf..bukan lupa..tapi lebih kepada menghayati dan
cuba memahami kehidupan baru...*cewahh ayat* hahaha..sebenarnya banyak sangat
bende yang nak aku cerita dalam ni tapi tak tahu nak cerita mana satu
dulu..hahaha okay kita mula dengan kehidupan baru aku..*jeng jeng
jengggggggg!!!*
aku cuba tulis
spontan...
Kehidupan degree tak sama
macam diploma..ya alhamdulillah aku dapat Arau macam yang aku nak..tapi
kehidupan awal disini aku benci..*classmate hambar* dan aku betul2 rasa hilang
dan tak sama macam zaman diploma dulu..tapi tu mula-mula, biasalah..orang kata
tak kenal maka tak cinta *chia chiaaa*. hari demi hari kami semakin kenal,
makin mesra dan akhirnya masuk air bersama..hahaha Alhamdulillah sekarang kami
bagai keluarga..
*Confession semalam….
“jujur ni..mula-mula kitorg masuk kelas
kitorang paling benci dkt korang tiga *Ramdan, Aku dan Khairul*”
“Dengan muka kereknye, poyo je masuk kelas”
“Tapi bila dah kenal tak sangka pulak
korang macam ni hahahah”
Dan kami pun berhuhuhu…
Ya aku tak kesah sebab
dah biasa pun..situasi sama bila aku pergi mana-mana..orang akan cakap aku POYO
hahaha tapi bila dah kenal lain..sama macam zaman diploma dlu..semua cakap aku
poyo sebelum kenal *biasa dah*. Entahlah..tapi kadang-kadang aku suka jadi poyo..bukan
apa..pada aku seronok sebab dapat tengok orang judge kita..dari situ
sebenarnya kita dapat kenal seseorang..pada aku lagi, aku suka dilabel poyo,
berlagak dan sombong..sebab dari situ orang akan bercakap pasal kita..maknanya
aku tahu ada orang memerhati aku dan ambil kisah pasal aku.. *hahah poyo kan?*.
tapi sebenarnya aku bukan macam tu..cuba tanya orang yang kenal aku..cara aku
berbeza dengan orang yang aku rapat, kenal dan tak kenal. Lagi satu aku x suka
orang faham aku..tapi.. * lelaki mana yang taknak perempuan yang dia suka faham
dia kan* hahaha lari topik kejap..
RAP220c…
Korang punya semangat
lain macam..semua aktif macam kanak-kanak yang tak pernah ada masalah..kalau
boleh 24jam nak ada aktiviti dengan korang..penat..penat gelak hahaha..korang awesome…
serius!
RAP120c…
Korang apa cer?? Macam mana
kehidupan degree korang..kasi lah review sikit..apa pun..aku rindu
korang serius..ada masa kita lepak nanti..jemput-jemput la melawat aku dekat
arau ni..hahah..aku harap korang pun enjoy dengan kehidupan baru
korang..korang pun awesome… serius!
Aku tahu
makin lama aku makin mengarut..
Otak berkecamuk antara
Mandrin dengan Statistic..
Arghhhh aku stress..
Mana satu nak baca ni..
Aku gerak dulu..
Nanti jumpa lagi..
Bila aku ada mood nak
menaip *hahaha k*
Goodluck semua dan
goodluck untuk aku..
Saturday, 13 August 2016
AKU DAN BOLA
Sabtu, Ogos 13…
“
Abangg!! Bangun makan..” *Teriak mama dari dapur*
*Tersentak* Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 1338..*menggeliat*
seronok juga dapat bangun lewat cuti-cuti macam ni..selalunya pagi-pagi lagi
aku dah dikerah ke pasar membeli barang dapur dan barang basah..
“yee! Jap
ma 15 minit..”
Arghh malasnye nak bangun..sempat jugak aku menaip
memandangkan komputer sedia terbuka di atas meja..
2 jam berlalu..yaa aku baru saja habiskan dua episode “doctors”
yang aku terlepas dek sibuk dengan kerja..jadi ini lah aku di hujung
minggu..kalau tak keluar meraban menghabiskan duit..aku akan habiskan masa
dengan komputer, katil dan gitar..ya mungkin hobi baru tapi aku cuma bermain
hanya untuk kepuasan diri..huh! gulai rebung dengan talapia bakar dah selamat
dihadam..entah bila lah lagi aku dapat makan masakan mama sejak bulan depan aku
kena kembali menetap di arau.
Memandangkan epl bermula malam ni jadi aku buka topik
“aku dan bola”..apa kaitan dengan aku?
“Susah
nak cari lelaki tak minat bola”
“eiii
membazir je pergi sampai Vietnam semata nak tengok bola”
“serius lah
kau pergi Singapore semata tengok bola?!”
“tak rugi
ke? Tak rasa membazir ke?”
Yaa tak ramai faham aku..mungkin minat kita
berbeza..macam mana pulak dengan gamers yang melabur duit beribu ringgit
hanya untuk membeli papan kekunci dan tetikus komputer? Membazir bukan? Sedangkan
bagi kita yang biasa-biasa ni anggap “sama je kan keyboard dengan mouse yang
biasa tu? Membazir je..” itu lah yang kebanyakan kita tak faham..
bila berbicara
soal minat dan jiwa ianya berkait dengan kepuasan..jadi tolong jangan
mempertikaikan minat seseorang dengan mempersoalkan kepuasan yang dia dapat. Kau
takkan pernah faham selagi kau bukan salah seorang dari mereka..percaya aku.
“kenapa nak pergi jauh-jauh? Dekat tv pun
boleh tengokkan?”
Soalan ni juga pernah menjadi persoalan dalam diri aku
masa aku masih belum terjebak dengan dunia aku sekarang..ya soalan
lazim..jawapannya Tak sama! Macam aku cakap tadi..kami yang minat akan memilih
sesuatu untuk memenuhi kepuasan diri sendiri..menonton bola di stadium tak sama
macam menonton bola di television..kenapa? sebab takda jiwa.. kalau nak di
bukukan, lengkap dah pengembaraan aku untuk semenanjung Malaysia..tinggal
stadium sabah dan Sarawak aku belum jejak.. mungkin satu hari nanti untuk aku
lengkapkan juga..
“kau spend
berapa ringgit sebulan untuk bola?”
Aku sendiri tak pasti jawapan untuk soalan ni sebab
aku sendiri tak pernah ada bajet untuk bola..lagipun jadual perlawanan bukannya
tetap..kadang seminggu dua perlawanan..kadang awaydays jadi bajet aku tak
tetap asal aku dapat pergi. Bermula dengan Ultras dan Rawang Brigade tapi
sekarang aku memilih untuk bergerak dengan kelab sendiri..yaa kami NSS..yang
lebih kepada kelab komuniti dan bukan sekadar kelab penyokong..
“susah nak cari lelaki tak minat bola”
Sama lah macam susah nak cari perempuan yang minat
bola..sebab apa? Zahirnya lelaki ni kalau tak bola dia akan minat game..dua
je..ada bukan tak ada..tapi tak salah dia nak minat apa pun asalkan dia tak
minat lelaki jugak dah lah..hahah dan asalkan dia x lupa tangunggjawab dia yang
lain…
Dah lah..tak payah faham minat aku..mari kita duduk
semeja borak..masuk air sama-sama..haha
#MerahKuningLambangKebanggaan
#you’llNeverWalkAlone
Friday, 12 August 2016
AKU PILIH GEOMATIK
"Bukan aku tak move on..."
arghhh!!!
bukan aku tak sedia nak hadap geomatik lagi..bukan jugak tak sedia nak hadap degree tapi tak sedia nak hadap situasi yang berbeza di tempat yang sama.....
"alhamdulillah dapat jugak aku sambung degree..masih geomatik dan masih diarau seperti yang
diharapkan.."
Memori yang tercipta tanpa sengaja..tiga tahun tak cukup nak diceritakan dalam satu entri dan tak pernah cukup untuk dirungkai dalam bentuk perkataan..suka..duka..cinta..biarlah aku sendiri yang hadam dalam kepala..
"Tahniah, Anda berjaya ditawarkan tempat di...."
Huh! berakhir jugak debaran...sungguh saat itu aku rasa sangat tak sabar nak bergelar sebagai seorang pelajar kembali..yaa tak sabar nak letak notis berhenti kerja atas meja yang berlapik kulit..bukan kerana aku bosan atau mengalah dengan kerja aku sekarang..cuma aku ingin bebas buat seketika..bebas dari tanggungjawab seorang surveyor..sekarang aku dapat rasa bertapa berat tangungjawab seorang surveyor..bukan sekadar mengira kepingan kertas dihujung bulan..
"yeay! dapat arau!!" teriak aku...
Bermula babak sedih dalam babak gembira..apa guna aku di arau kalau hanya tinggal aku dan kenangan? mungkin dua tiga orang masih setia bersama aku..tapi tetap tak sama macam dulu! bila mana aku cuba bayangkan mereka yang selalu bermain dimata kini tiada lagi untuk menjadi lukisan dalam hari-hari aku.. huh! sungguh arau takkan sama macam dulu!
Mungkin kalau dulu aku pilih untuk rapat dengan korang..sekarang aku nak pilih untuk ada dengan korang lagi..tapi laluan kita dah tak sama..betullah apa orang cakap orang yang selalu dengan kita takkan selamanya dengan kita..biasanya yang ditinggalkan ni lagi terasa dari yang meninggalkan..jadi aku boleh katakan situasi aku ni situasi ditinggalkan la kot sebab semua yang lain dan move on..
"wehh asal senyap? kau dapat mana?"
"Ikram tak bagi tahu kau ke?
"takde pulak..kenapa?"
"aku tak dapat la..upu dengan penerapan.."
...........
AKU TAK DAPAT! Masa tu aku rasa sebak bercampur serba salah..wehh! apa kau rasa bila seseorang yang kau ada susah senang masa diploma tak dapat sedangkan yang lain semua dapat..rasa serba salah sebab tak dapat tolong kau kawan! hm..di saat kami teruja membincangkan tempat belajar masing-masing dan semangat mencari rumah sewa..yaa memang patut kau senyap..aku rasa apa yang kau rasa..InshaAllah rezeki kau ad tapi bukan disini kawan..
"1703, Afiq masih di pejabat dan masih mengadap komputer riba...arrghhh ketandusan idea!
terlalu banyak hati ni berkata sampai susah nak cerna"
Bagi aku ruang untuk berbicara soal cinta....
Untuk kau yang aku cinta..aku minta maaf sebab tak pernah berjaya buktikan apa-apa..aku minta maaf selalu buat hari kau berserabut..aku minta maaf kalau aku yang gagal dalam hubungan ni..hampir tiga tahun kau ada dengan aku..kau kenal aku..kau bertahan dengan aku..kau cuba sayang aku..aku minta maaf kalau aku punca..aku dah cuba apa yang aku mampu..terima kasih sebab kau aku kuat..sebab kau aku semangat dan sebab kau kita habis diploma..
Alhamdulillah hajat aku tercapai nak habis sama2..tu cukup buat aku gembira dan rasa dihargai bila kau cari aku untuk cuba bangkit saat kau jatuh..terima kasih sebab bagi aku peluang sayang kau dan kenal cinta..kau dah pilih untuk haluan kau..moga kau lebih bahagia dengan hidup baru yang kau cuba cipta..aku? aku kene pergi dan buang perasaan ni..
Walaupun hari-hari aku masih berfikir tentang kau..stalk kau..dan masih tunggu kau..tapi sekarang aku betul-betul kene buang perasaan ni sebab aku tak rasa yang aku masih ada peluang..aku sedar perasaan aku ni cuma buat kau lagi sakit..betul cakap kau..hati manusia tak boleh dipaksa..aku tak pernah menyesal dan tak pernah anggap kau salah..kalau kau kata kau tak sedia sekarang aku sendiri simpulkan sebenarnya aku yang masih belum sedia bukan kau..
"yaa tahu dah 1730..malasnya nak balik!!! jauh lagi perjalanan ni..rasa nak je bermalam dekat
pejabat ni!"
Akhirnya tergendala juga entri dipejabat..
"2319, Afiq kembali menaip..."
Baik..mungkin ini yang terakhir..buat mereka yang selalu bersama aku dulu...kumpulan kerja lapangan...sorang masih setia disisi aku..lagi tiga dengan dunia baru..semoga korang berjaya dengan pilihan tu dan tak lupa aku..pada semua yang aku pilih untuk rapat..aku tak pernah menyesal dengan keputusan tu..carilah aku kalau bosan..mungkin nak bercerita tentang kehidupan baru tanpa aku? akan aku tunggu notifikasi beharga dari korang! Tahniah Semua...
"ceritaku tergantung"
Peduli apa aku..sudahlahtu, aku mahu beradu...
Monday, 1 August 2016
SURVEY TRIP
Berbalik pada asas ukur..survey is science, art and technology.....mohon sambung sendiri sbb aku sendiri tak igt hahaha..tapi apa yang penting dalam ukur actually bukan maksud tapi konsep.. simple and basically semua student tahu konsep ukur adalah "From Whole to The Part" tapi tak semua tahu how to apply this concept in real work..apa kaitan benda ni dengan kerja ukur? aku taknak jawab sebab one day you'll find out by yourself..trust me!
Adik - adik yang masih belajar tu please..kukuhkan teori dulu.. bukan sekadar mahir dalam kerja lapangan tapi tak tahu tujuan sesuatu kerja dibuat.. ramai yang terbalik sebenarnya..kenapa aku cakap macam tu? this words selalu sangat kita dengar "ala korang tak pandai teori tapi perform kerja luar takpelah" yaa mungkin takpa pada masa belajar..tapi kesan bila korang dah mula kerja..so please kukuhkan teori dan law.. kerja luar, kendali alat, skill no dua..
Bila dah jadi surveyor nanti tanamkanlah dalam diri korang "Aku nak jadi surveyor yang memudahkan surveyor lain". Ramai surveyor harini buat kerja cuma nak lepaskan tengkuk sendiri..ya tak semua tapi segelintir ni memberi kesan pada semua..janganlah menipu kalau buat kerja sebab dia melibatkan lot sebelah2..menyusahkan surveyor lain nak cari base lagi2 kerja title..InshaAllah kita mudahkan kerja orang lain Allah mudahkan kerja kita :)..
ok cerita yang dah lama terbuku dan baru nak dikeluarkan..hahah sebab dah janji kan..igt malas dah nak up entries ni..huhu maaf lama x update hahaha bro tengah cuba move on ni mood memang kelaut sikit..tu yang menyepi sekejap..lagi pun job company tengah rancak memang busy sakan lah..ni pun curi masa sikit sambil-sambil sediakan data kerja padang esok huh..kot la jumpa jodoh muda dekat sekolah menengah teknik sepang hahaha..
balik kepada tajuk..okay..kerja ni actually melibatkan kerja sama 2 senior serveyor yang memang awesome lah dan 2 surveyor muda haa tu termasuk aku lah yang x seberapa nak ada pengalaman ni..task aku adalah disuruh gain sebanyak mana skill dan pengalaman dari dua orang super senior surveyor ni..so kitorang berempat ni lah surveyor dan chainman saling bergilir..
Tempoh kerja yang diperuntukkan hanya seminggu dan Alhamdulillah 12 hektar kami jajah dalam masa seminggu tu..hutan..banyak rupanya pantang larang kerja dalam hutan ni..nak cerita pengalaman la kan..haha! aku sesat sensorang..walaupun 10 minit tapi rasa macam 10 jam..kau bayangkan hutan yang bersepah haiwan liar macam harimau dengan beruang..dalam kepala memang x tercerita lah hahaha..so 7 hari kitorang di merapoh tersangatlah banyak pengalaman, ilmu dan kenangan..bermain dengan kelah..memang tersangat teruja..bagi pencinta alam macam aku memang eksited tengok tumbuhan hutan..sangat sangat unik! dan berduri -,- but seriously fun..aku boleh katakan 80% tumbuhan hutan berduri..hahahah* nampak tak eksaited sebab 1st time masuk hutan yang betul-betul hutan * hahahah ok aku mengaku teruja..
so hari terakhir tu lah kitorang manfaatkan sepenuhnya untuk mandi sungai, main dengan ikan kelah dan naik ke puncak untuk tengok sendiri banjaran gunung Tahan..sangat2 cantik!! ohmaigod lagi lama aku eksaited menaip lagi mengarut nanti...
so konklusinya...apa yang aku dapat simpulkan dari apa yang aku perhati dan aku lalui..dalam kerja padang..apa yang paling penting bagi seorang surveyor bukan skill kendali alat tapi perancangan..untuk merancang kerja dengan baik kita kena tahu teori, keperluan kerja dan of course pengalaman lagi membantu.. :) see yaa
![]() |
| Once Survey..Forever Survey <3 |
Tuesday, 5 July 2016
HARI RAYA
Tepu dan Lesu...
kepala tak henti merangka kata..
tapi tetap bisu..masih tiada semangat dan kerajinan nak berbicara..
ya betul lah tu bukan salah masa..
arrghh!!
paksa diri kau afiq!
huh! pergelutan misteri didalam diri yang penuh dengan dilema..
so gais mcm mana ramadhan tahun ni?? alhamdulillah puasa penuh hahah but still kecundang dengan terawih..hmm..so puasa pun dah nk habis..yaa biasenye dh nk hbs2 puase ni ramai lah yang sembang-sembang sedih..puasa nak habis..cepatnye ramadhan berlalu..huh! typical malay..but ok la kan if diorg betul-betul sedih dengan pemergian bulan mulia ni..tapi bagi yang fake2 acah2 sedih then terlalu over tu korang nak apa? perhatian? hahaah tak baiknya aku sesuka nk judge..
okok move on dengan topik ni..ok then macam mana persedian raya? eksaited kan kemas rumah? tuka langsir baru?buat kuih raya? haaa cerita pasal kuih raya..tahun ni aku heart broken so takde semangat nak buat kuih hahahah boleh ke macam tu? tapi memang tu lah takde semangat langsung..so semua kuih beli je..hahah baju raya pulak? hmmm baju raya pun pakai baju yang tahun2 lepas je hahah nampakkan bertapa x berwarna warninya raya aku tahun ni..hahaha so sape lagi #TeamRayaGrey #TeamRayaBiru #TeamRayaPurple ? ok kite geng hahahah..eh tetiba banyak pulak warna kan? hahaha
sebenarnya aku malas sangat nak sembang pasal raya ni..entrie ni pun aku tulis tanpa tujuan..lately ni aku hilang semangat so please someone bg aku semangattt :(
actually banyak bende yang dah aku rangka tapi masih belum ada mood nak menaip..huhu x de semangatkan..and good news Alhamdulillah project tree top walk dekat sg relau merapoh tu dah approve! huhu that job sangat banyak memberi aku pengalaman dan ilmu baru!
hahaha nanti-nantilah aku cerita pasal tu..
sambung cerita pasal raya..hahaha korang raya mana? aku #TeamRayaSelangor je.. maklumlah rumah nenek tak sampai 5 minit je..hahaha tak lah banyak sangat modal nak keluar and ofcos tak mengadap kesesakan-kesesakan jalan raya huhu.. so sape yang belah2 selangor tu boleh lah roger-roger kalau nak lepak-lepak nak beraya ke..yang bawah 6 tahun abang bagi special duit raya untuk korang yang perempuan kalau abang berkenan abang sediakan duit hantaran terus..eh? hahaha so okaylah selamat beraya..
maaf andai kata buat korang terluka..maaf juga jika perilaku buat korang tak suka..selamat hari raya :)
Tuesday, 21 June 2016
KEMBARA MENCARI JIWA
Semalam aku diperli sbb bagi alasan takda masa.hahaha fine..ni aku cuba juga cari masa untuk tulis entri ni sbb tercabar..hahaha x la tercabar pun tapi aku tertanya-tanya macam mana kau boleh ada banyak masa untuk menaip bagi komitmen 100% pada blog kau! huh! adore gila and hasil dia pun memang kebanyakannya x mengecewakanlah..inspirasi gitu..mungkin jiwa kau pada penulisan kau. aku?
jangan tanya lah jauh panggang dari api kalau nak di bandingkan dengan kau! btw thanks for the great conversation last late night! tak tidur aku. hahah lama tak sembang ilmiah dengan kau..bertukar pandangan..saling memotivasikan diri..dari sekecil perkara sampai sebesar2 topik kita kupas semalam hahaha maaf lah curi masa tidur kau!
Alhamdulillah aku dah sampai gua musang..check in sini so then perjalanan ke Hutan Simpan Sg Relau lebih kurang 20 minit..InshaAllah kalau takda aral yg melintang esk dah mula kerja..huhu
so korang pulak macam mana? sihat? mesti semua dah eksaited nak raya kan? hahaha
korang pernah tak rasa macam tersalah buat pilihan? give up? rasa macam takda jiwa dalam sesuatu bidang? mesti pernah kan? aku pun pernah alami situasi dimana aku rasa macam nak lari dari semua benda dan malas ambil tahu satu pun. tapi bila sampai satu tahap..aku terfikir..sampai bila aku nak lari? lari ke tu? yaa kita lari sbb kita takut..give up ni actually satu pilihan so then kenapa kita kena give up sedangkan kita ada banyak lagi pilihan?
kadang-kadang kita rasa jatuh sebab kita tak boleh bawa sesuatu perkara..takda jiwa..takda hati.. tapi fikir balik..kalau korang give up..dan buat pilihan lain..korang pasti yang jiwa korang hati korang ada dalam pilihan baru korang? ok memang tak salah mencuba..sebab tak cuba tak tahu right? tapi sepatutnya pilihan tu dibuat bukan atas dasar give up dan bukan atas dasar terpaksa..jadi betulkan niat dulu sebelum buat pilihan :)
"Pilihan umpama kapal sedangkan realiti itu adalah lautan, secanggih dan sehebat mana pun kapal tak menentukan ianya selamat belayar kalau bukan kerana nakhodanya"Aku pun bukan nak kata aku sempurna dalam buat pilihan tapi jangan lah takut gagal..gagal tu satu proses..so dont give up and live the life you've imagined..kukuhkan asas dan letakkan persoalan kenapa kau perlu give up sebagai pandu arah sebelum kau buat keputusan.. redhakan hati dan bersangka baik dengan Allah..jalan kau sekarang adalah jalan takdir yang kau sendiri tentukan..
"Jangan putus asa kerana kita tidak tahu sehampir mana kita dengan kejayaan"
Monday, 20 June 2016
ROAD TO AIDILFITRI
Alhamdulillah Ramadhan pun dah nk melabuhkan tirai..eh choii hahah bru separuh bulan puasa..nmpak sgt dh x sabar nak raya hahaha so gais..dh start shopping? untungla..aku? sebuk lagi dgn kerja..x sempat lagi nk fikir raya..ni update blog ni pun curi2 sbb harini masuk ofis nk prepare data outstation esk huhu..manalah nk sempat pikir raya mcm awak awak semua :*
hahaha as seorang yg dh bekerjaya ni aku adelah misi aku..misi aku nk keluar seberapa byk duit sendiri untuk family untuk persediaan raya ni..yela dh 21 tahun hidup bila raya aku je habiskan duit mak ayah..teringin jugak nk diorg pulak merasa duit aku..so kne lah kerja kuat sikit bulan ni cri duit lebih hahaha..act aku ad bende nk share..aku tak tahu lah tu hint yg menunjukkan aku dh matang or what kan *acah sgt* hahaha
tp ad la one day tu..aku balik kerja then aku pergi baazar dgn mak aku..then time tu buat aku terfikir satu bende ni..bila sampai satu gerai ni mak aku pun beli la..that time seolah2 masa terhenti yang memboleh kan fikir lama sambil termenung..apa yg aku fikir time tu? ok time tu mak aku tgh pgg dompet nk keluarkan duit..time tu aku fikir yang why not aku je yg keluarkan duit aku..
yaa maybe bende ni nampak simple but tah aku x tahu nk describe mcm mana tapi ad satu perasaan yang aku x pernah rasa..aku jadi mcm serba salah sgt nk guna duit mak aku time tu even bende tu bkn untuk aku..yaa dh 21 tahun kita hidup dgn duit diorg maybe dah terbiasa kalau pergi kedai ke apa diorg yang akan bayar..
tapi lately ni aku asyik rase serba salah + dilema bila mak aku yg keluarkan duit..haa lebih kurang mcm tu la..so ape salahnye kan kita pulak keluarkan duit..x kemana pun duit tu..eh.hahaha kk inshaAllah kalau ade masa lagi aku nk update pasal strata sbb Alhamdulillah dh 2 job strata aku berjaya *eksaited* hahaha =b so doakan aku esk untuk trip kerja ke Hutan Simpan Sungai Relau (Kaki Gunung Tahan) Merapoh..huhu eksaited x sabar nk pergi esk..sooooo gais..selamat menghabiskan sisa puasa :)
Friday, 20 May 2016
SEKEPING AFIQ
Kerja..di ambil dri bahasa sanskrit “kerht” yang bermaksud melakukan
sesuatu perkara yang berfaedah..hahahah aku tipu je..ok aku dh kerja..mcm x
percaya kan? Hahaha dh blh tuka dri #futuresurveyor jd #iamsurveyor *acah sgt*
hahaha
x de lah aku bkn nk cerita pasal kerja tp nk cerita pasal geomatik pasal
belajar..okay bkn nk acah2 power mentang dh jd surveyor sekarang or what but
aku nk ckp ni especially readers yg maybe ad tgh belajar and maybe some of
readers yg amek geomatik sendiri..ok x kesahlah kos ape pun belajar aku just nk
cerita bende ni random but aku amek contoh geomatik la kan sbb that’s my
profession..aku masa belajar dlu..aku x confident langsung yang aku blh buat
ke..aku blh bawak ke bidang ni..betul ke aku blh jd surveyor ni..
aku jujurlah
ckp aku x yakin langsung..dri time diploma aku dh negetif gila..and im sure
korang pun fikir bende yg aku fikir ni..tipu la kalau tak..semua same je tak
confident =b but now aku seorang surveyor..dripada x yakin tu aku pass diploma
pass semua exam even result mcm harem but x de la harem sgt kan but aku
bersyukur and dgn x confident tu aku ad dkt tempat aku sekarang..masalahnye
sampai sekarang aku still x confident korang tahu..
aku takut nk pergi kerja esk
esk esk dan esk sbb aku x confident yg aku blh buat..rase mcm x cukup ilmu..x
cukup pengalaman..rase mcm kosong mcm blur mcm bodoh gila lah..but every job yg
di beri aku dpt siapkan sebelum deadline yg bos aku bg..see from zaman belajar
sampai ke kerja aku still x confident dgn profession aku as a surveyor ni but
apa yg aku nk highlight x confident nit p
Alhamdulillah normal grad..x
confident nit p Alhamdulillah so far aku x de masalah dgn site2 aku..ade lah
jugak but still dpt selesaikan..ok bg yg x nmpk apa yg aku nk sampaikan..act
perasaan x confident ni x wujud pun..kenapa aku ckp mcm tu? Sbb pada aku
lah..semua tu konspirasi iblis dgn nafsu nk gagalkan manusia..dgn x confident
tu lah yang akan buat korang jd mls then gagal..ok see bila x confident..
“mls
lah kerja,aku x confident la nk kerja lagi” or maybe
“esk exam,,redha je
lah..study bkn masuk pun”
see semua tu malas act..bila x confident die lahirkan
sifat malas and after that mula la x bersungguh-sungguh..org kampung ckp ala
kadar..haa study ala kadar,buat kerja ala kadar…ok mcm aku sendiri even dh kerja
pun still x confident so korang2 or maybe juniors korang cuba la..abaikan rase
tu..korang maybe belajar lagi dh x confident aku lagi la dh kerja tp x
confident..
so just follow the flow and enjoy yourself..jgn terlalu make it
simple and jgn terlalu make it hard okayy =D .. maybe aku x layak ckp bende
ni..aku pun baru lagi dlm bidang ni..dlm industry ni but aku act just nk share
pendapat aku..and yaa this entries act aku tujukan sgt dkt some classmate aku
yg dh give up with this course..
aku x halang korang nk belajar apa pun but
every course ad susah die..ad cabaran die..same je percaya lah..org ckp minat
dtg lepas belajar..but if korang x cuba bg ruang dlm hati korang..mcm mana nk
dtg minat tu..
btw apa pun pilihan korang goodluck and please don’t give up! Aku
doakan yg terbaik and ofkos aku pun harap korang pun doakan yg terbaik untuk
aku hahaha..ad rezeki kita jumpa lagi ;)
Tuesday, 17 May 2016
MENCARI AZURA
*lme nye hold entry ni hahahah punca mls nk transfer gmbr tu je =b hahaha k bai..*
Weeeeee dpt jugak bercuti after tersangat lah gila punya minggu bulan
hari just for viva and report! Huh! I think bkn aku je yg stress and of course
yb lgi stress sampai dh nk balik still buat report..hahah sampai nk cancel this
trip lah kalau kne reject lagi hahaha..tp kami nekad *choiii nekad sgt* ok kami
nekad apepun jd kita kne jadikan jugak trip ni x kesahlah sorang x lepas semua
x blh balik..and finally Alhamdulillah lepas jugak..ok then bermula lah
pengembaraan seorang afiq..huhu eksaited gila..
Ok nk diceritakan..pengembaraan ni tah mcm mna blh dpt nama kembara
mencari azura I don’t know coz I x nk pun azura tu x tahu pun sape..but kitorg
just simpulkan azura ni mcm kebebasan mcm kebahagiaan selepas sengsara gituuu
hahahah motif sgt tetiba azura..tp style ennnn..hahhah..ok act di saat yb
sedang lagi membuat report sampai kitorg x berani nk tegur cz kitorg semua dh
pass just tgl tggu die then cau..kitorg pun buat keputusan last minit luqman
dgn khairul gerak dlu cz nk masuk penang hntr brg kerol and aku dgn jiji tggu
yb then jumpa balik semua dkt perak je..nk di jadikan cerita jiji balik naik
motor..ok so kitorg bertolak range dlm pukul 3.30 setel semua terus shoot perak
but jiji nk balik rumah dlu then esk bru die dtg rumah ikram..ok cerita
perjalanan tu x berapa nk eksaited but Alhamdulillah dipermudahkan semua
urusan..kitorg sampai rumah ikram lebih kurang jam 8.30 mlm..ok before aku
proceed..ujian pertama yg kitorg alami..ok act bkn kitorg but luqman dgn
kerol..yaa the 1st trip from arau..kereta diorg hbs minyak tgh
highway hahaha I don’t really know what was happened but diorg cerita diorg
tolak kereta sampai exit yg terdekat nk cri pam minyak hahahah..ok proceed ..and
you know whattt! Aku punya teruja duduk dlm apartment polis pehhh hahahah rase
mcm vvip hahahah…ok serius shit rumah ikram nice..hahah and kucing die
comellllll geram aku..hahah ok after siap mandi semua kitorg mkn nasi ayam mmg
sedap gila ah..kdg2 aku rase serba salah dh la duduk free then dpt layanan 1st
class gituu..mmg superb lah..diorg mmg x reti penat..ikram punya eksaited lagi
kalah aku hahah die punya eksaited nk bwk kitorg p lepak tempat best dkt negeri
dia then you know what..die bwk kitorg pusing2 kuala kangsar then acah mcm tour
guide explain satu2 apa yg ada kiri kanan hahaha I cant imagine mcm mana die
punya eksaited cerita tu..blh buat org lain eksaited jugak nk dgr hahah..ok
asalnya kitorg plan nk ke pangkor awal pagi la kan..sekali masing2 bgun pukul
10 hahaha..nasib baik jiji pun lambat..bla bla blab la korang pun boring dgn
cerita aku..so aku skip lah sampai atas feri semua eksaited bergambar acah2
candid lah titanic la hahah mcm2 ragam but aku nk highlight 2 org ni punya
cerita masa atas feri..1st jiji..blh pulak buat jejak kasih dgn org
kampung die lah ustaz sekolah rendah die lah..dan2 x sampai pangkor dh
memancing *menggatal* hahahah apa lagi mmg jd modal la kt kitorg nk knekan
hahah..2nd ok kitorg ni mmg dh betul2 mcm pelancong tau dress semua
mcm bagpackers acah2 org luar dtg Malaysia so aku dgn x malunye p lah tegur
sorang brother ni umur dlm lingkungan lewat 30 an kalau tgk muka..then borak
punya borak cerita lah mcm2 and act die mmg org perak but ni 1st
time die mai pangkor..hahah *nmpk x peramahnye aku* hahaha then rupanya die bkn
sorang..die kenalkan la lagi 3 org partner die aku x tahu sape maybe anak buah
or kwn or what ever nak di pendekkan cerita sorang ni org Sarawak
perempuan..hahahah kene lah si kerol ni..die punya mal utu alaaaa dua2 rase mcm
nk kne pijak hahaha igt drama melayu ke nk ad scene sweet2 atas feri..choi
sgt..
sampai je dkt jeti kitorg amek van turun dkt teluk nipah sbb situ je kot
tempat yg mcm2 aktiviti blh buat..van tu act charge rm20 untuk sekali
penghantaran..ok laa murah la jugak..yg jadi x menyempatnye sampai je teluk
nipah lebih kurang pukul 2 ptg dgn x makn x duduk2 dlu semua terus pakat p
scuba hahaha ok untuk scuba sampai lebam ni standard range harga dia dlm 20- 25
ringgit but kitorg dpt 15 ringit maybe sbb student or weekday kan..and best sbb
byk sgt ikan cantik and puas hati! Hahaha kerol dgn yb takut laut sbb dalam
katenye hahaha tp dh kne usik kne campak kne lemas dgn kitorg akhirnya Berjaya
jugak atasi takut tu..comeon lelaki x pandai berenang..mcm mana nk selamatkan
perempuan yg lemas dlm lautan cinta kau nnti? Sbb tu cinta tu mati..hahahaha lapar
teruk..mmg sampai lebam kitorg dkt pulau tu konon nk manfaatkan 15 rinngit
hahah org terakhir sekali balik..ok balik je siap2 semua p cri port nk tidur
mlm ni.come on backpackers kot x kn shelet? Hotel? Mmg tak lah..hahah x
adventure gitu..kitorg jumpa port tepi pantai ad byk buaian yg bakal jadi katil
tempat kitorg beradu mlm nnti…ok lps solat magrib still x mkn lagi..jalan punya
jalan punya jalan nmpk la kedai burger..pehh dh fikir dh nk mkn apa..kitorg pun
masuk kedai tu then order la seketul siakap fresh masak steam pedas, seketul
kerapu masak 3 rasa, tomyam campur dgn sambal sotong..hahahha mmg lepas geram
gila ni..lama x mkn mewah mcm ni..x kn nk mkn burger ye dok? Rugi la
hahah..pasal harga kita sembang belakang.. xD
ok dh mlm..unggun api pun dh
hidup..semua dh tidur except aku dgn khairul..khairul mcm biase lah die
otp..dan akhirnya tertidur..tgl aku sorang duduk depan unggun api..tepi
pantai..ditiup angin..sesekali dpt feel mcm ni sorang2 pehh rase nk nangis beb
kenang kisah lama..die mcm x mintak tau..bende tu dtg automatic aku x thu
kenapa x blh nk elak..so aku redah je lah atlease dpt jugak muhasabah diri
sekali sekala..em rindu act..tetiba mcm teringat bila lagi dpt jumpa semua lps
ni..:’( ok dh x nk mood sedih..hahaha tah bila tah tetiba luqman duduk sebelah
aku…nasib time tu dh hbs nangis hahahah…kalau takkk damnnn hbs die tahu jiwa
hati aku ni rapuh ahahaha *poyo*okay la okay la mlm pun berlabuh..so next
aktiviti and maybe last aktiviti sbb harini harilast kitorg dkt sini sooo
berjalan satu pulau naik van then bergambarla ape lagi hahahah..kitorg pergi
kilang sate,,tokong tah whateverlah but aku happy sgt hahah korang usha jelah
gmbr yeee ;) byeee =b
comelkannn xD
Sunday, 15 May 2016
JUPEM 2015
Huh jauh betul nk kne throwback ni..hahah malas dah nk igt sebenarnya
but someone request suruh cerita pengalaman masa practical dkt JUPEM
dlu..hahaha ok la ok la..cerita yg mana igt je la eh..btw hai semua..lama x
bersua..hahah maklumlah dah bekerjaya ni..penat..byk komitmen..jd x sempat nk
usha2 blog ni.. *acah* ok here we go!
Masa dekat jupem eh..1st day mmg pehh berdebar
gila..maklumlah 1st time dh la x de reference senior langsung.. lps
tu tercampak jauh dkt pulau pinang..hahaha…1st day tu dtg awal then
terus la konfiden gila naik komtar terus tggu dekat jupem..x tahu pulak kne
ambil pass kt bwh nk masuk komtar tu..turun la balik amek pass then bru naik
balik..
Ok mula2 sekali kitorg kne register thumb print untuk record kedatangan
hari2..then ad briefing sikit bla bla bla then
disebabkan jupem kitorang Cuma ad 12 org dan dkt jupem Cuma ad 4
section..kitorg pun dipecahkan 4 kumpulan 1 kumpulan 3 org..
1st
two week kitorg dkt section Strata,Stratum & Marine (SSM) and act this
section yg paling byk bg input dkt kitorg..so apa kitorg buat dkt section nit u
byk sgt..nnti korang belajar lah..mls nk hurai panjang2 sbb ni bukan karangan
sekolah rendah yg menceritakan tentang pengalaman or lawatan sambil belajar
kay..hahah then seterus-seterusnya kitorg ke section2 lain yang sorry aku x igt
dh apa nama section2 tu =b then untuk last two weeks practical kitorang
dikumpulkan balik untuk practical dgn Jurukur Daerah (JUD). JUD ni act part of
JUPEM jugak but diorang Cuma terlibat dlm bahagian kerja luar..so data yg diorg ambil ni terus
hntr ke JUPEM untuk diorg proses..
Hmm apa yang blh
aku summerize..act practical JUPEM ni x de bende pun yg korang nk
takut..InshaAllah staff semua terbaik peramah dan sedia terima korang as
student..and korang x yh aspek tinggi sgt dkt praktikal ni..sbb aku janji yg
die x mcm yg korang fikir and x mcm korang sangka yg nk ditakutkan..die santai
sgt siap korang blh main pinpong..main mcm2 lah..hahah kitorg keluar minum pagi
pukul 9 naik balik pukul 11 then duduk depan computer main internet then keluar
balik lunch then jalan2 sampai pukul 3 bru masuk balik hahah tp x la hari2 sbb
kdg2 ad lah jugak kerja..tp tgk la jugak JUPEM mana hahah..so sape yg practical
JUPEm penang tu..korang sebut je nama aku AFIQ comfirm diorg kenal..hahah ckp
yg kurus2 tinggi2..huhuh..lagi2 en. Fauzi Strata..so kepada yg nk practical tu
goodluck and All the best..ambik sebanyak yg blh input sbb tu je peluang yg
korang ada..jgn tangguh2 bab report nnti korang menyesal..hahah kalau nk contoh
report PM kay ;D
So itu je
kot..act x de bende pun nk cerita..serius..haha kk gerak luuu pape roger ;)
Saturday, 16 April 2016
MASA
Jauhhhh terbawa lukisan hatimu~~
Hilang mencari dimana kau pergi..
Tinggal aku menahan luka ini~
Sampaiiiiiiiiiiiii harus ku pergiiiii
Jauhhhhhhhh!!!! *suara serak* terrrrrrrr
Eh.hahah Alhamdulillah hbs dah diploma after sebulan asyik duk kene
reject report..huh mencabar betul..Viva pun Alhamdulillah nk kate perform x la
sgt nk kte x perform pun x la jugak..hahaha btw die punya lega semua dh hbs tu
org yg dh habis je rase *campak kertas ke udara* hahahaha tp happy2 pun die
punya sedih tu lagi byk sebenarnya..hm yela..3 tahun dkt arau dgn korang
especially my lovely one *ecehh xD* dah diam..hahaha ok sambung sedih..hm dgr
cerita ramai yg dh nk tuka kos..whyyy whyyyy! Kalau aku blh kenapa korang rase
korang x boleh hmm..percaya lah diri tu sikit! Cabar diri tu! Tu yg sedih..tah
bila lagikan dpt kumpul ramai2..jumpa korang..group pun makin krik krik..betul
la org ckp “kita takkan tahu bila kita dapat jumpa org tu buat kali terakhir”
hm so andai tu lah kali terakhir kita jumpa aku harap korang semua igt aku..and
act since aku masuk dlm u part 1..aku letak satu je dlm hati dlm otak aku..aku
nak jadi someone yang org akan igt bkn sbb buruknya aku..and now aku x tahu aku
Berjaya atau tak.and untuk awak..saya nk jadi the only lelaki yang awak ada
awak igt dan awak syg *chia chia* but ni serius ok! So korang je yg tahu aku
Berjaya atau tak..kalau korang igt so means aku Berjaya lah kan.. =) tah lah
aku x kan moveon semua moment dgn korang..dri roommate housemate classmate and
semua lah yg ad dgn aku selalu.. kerol, man, jiji, yb, ikram, nik, fini, sofi,
ana dan awak yg terakhir dlm hidup saya.huh! and semualah..byk sgt nama nk kene
sebut..hahah sorry but aku x pernah lah lupa korang! Even moment2 yg kecik tu
pun blh buat aku rindu *or aku syok sendiri* sorry la aku tahu sepanjang 3
tahun ni tipu lakorang x de terasa dgn aku..lagi2 aku ni jenis kuat main..kuat
peril and also kebudak budakan..nmpk kan aku x matured langsung..hahah
pentingkan diri kdg2..terlalu melebihkan someone but ofcourse aku akan lebihkan
someone yg aku syg..hahah kalau korang pun korang akan buat mcm tu..but sorry
=D I just love her..ok ok diploma pun dh habis *cehhh* konfiden je..padahal x
keluar result pun lagi..hahah ok korang goodluck result ;) and also for your
future..degree maybe…or kahwin? Hahah jgn lupa jemput!..so aku doakan semua
bahagia dan Berjaya dgn pilihan masing2.. cari lah aku bila perlu..*acah
function* hahah night and love you =* ..bkn untuk korang but untuk “awak” xD
*ROAD TO PANGKOR*
Thursday, 11 February 2016
a piece of me
"hello, ikram? kelas dekat mana weh??"
"kau dekat mana ni?"
"aku dekat HEA kot nama banggunan ni"
"ok jap aku datang"
okay..its maybe my 1st conversation during my 1st day class in uitm! ni lah org cakap pagi nak kelas pagi bru nk cri kelas..dah tahu diri tu part1 tapi pemalas mcm uitm tu kau punya tempat!
sampai je kelas aku nampak luqman duduk depan sekali sorang2..aku pun duduk lah sebelah die..dan sbb tindakan aku tu lah dia ni menyemak dalam hidup aku sampai harini! What a worst decission that i made! hahahah.. no no no..sometimes aku rase bertuah jugak rapat dgn dia ni..hahaha..
ustaz ahmad termizi..the 1st lecturer that i know in uitm..and cause of him aku dgn tanpa rela dan sengajanye dilantik menjadi wakil kelas -,-... aku ni dh la contoh yg x baik but its okay aku cuba lah kan.. siot sape lantik aku tu..korang dh la x kenal aku lagi..andddddddd hari tu pun berakhir without anything yg menarik..
okay..conversation pertama aku yang memainkan peranan aku as a classrep..hahah bole kate 1st conversation aku jugak lah dgn bebudak perempuan dlm kelas aku ni..err act its just a miss comunication between lecturer and class about the jadual baru dgn jadual lama -,-..biaselah awal2 sem ni.. "korang..kelas cancel..miss hazlina bru msj aku" (LT4 - 9.00 am) "betulke wehhhh!" *suara nyaring yang paling pantas potong kata2 aku!* raihana binti rahim, kelantan. okay dia antara org yg awal rapat dgn aku dlm kelas termasuk fara hanum..sampai kene gosip..haaha mana taknye sorang ad admire sorang lagi hot..omgg aku jadi mangsa keadaan...hahaha
hari ke hari..aku kenal sorang ke sorang punya perangai..fatin ( PA aku) ahahah *wakil perempuan act* nurun najihah *dah pindah* , siti zubaidah yang makin gojes uols...masa part ya rabbi selekeh je aku tgk..hahah , azlinda dgn shuhada my 1st group mate, afini, ain, sofia,alia farhani anddd bazilah umaira binti yatim mustaffa..haa tu lah gegirls2 Ca yang osem ever ever ever and ever! *harap ad yg x tertinggal :b *okay..lelaki..hahahah semuanya hebat2..dh part 5 ni lagi lah kenal perangai masing2 hahahah..so here we go! 1st..ofcos luqman..hahaha, ikram, khairul,azizi, hazizul, rahaizad, najwan, jazlan, daniel, khairi amzar andddd miorsteri haris..hahah misteri betul die ni..takut aku ad satu hari tu wasep aku bukan2..dh la bab agama..huhu btw thanks for my 2nd baju LP! hahaha..x byk sgt aku nk describe diorg ni..
part 1 sampailah ke part 5 sorang demi sorang datang dalam hidup aku dan sorang demi sorang jugak pergi..ada yang dismiss..ada yang pindah..ada yang quit..takpelah..akudoakan korang berjaya! but Alhamdulillah org yang aku syg org yg rapat dgn aku dan aku act kita semua yang ad sekarang lepas and inshaAllah kita grad same2! tak sabar nk konvo dgn korang.. and im 100% sure yang air mata aku akan menitis bila tiba masa tu nanti..happy ofcourse but sedih lagi menguasai diri! rindu nk belajar same2..rindu nak hadap muka korang hari2..entah dpt jumpa lagi ke tak..hm...
kalau nak cerita semua memori mmg tak tertulis lah but its still fresh on my mind! :')
so here's some memories yang aku nak kongsi..
sofiah binti ashadi - 20136685**
alia farhani binti sulaiman- 20136211**
bazilah umaira binti yatim mustaffa - 20134082**
mohammad khairul bin hasbol - 20138392**
act aku rindu nk tulis nama dgn no matrik korang dkt borang alat! hahah even kita x pernah pun tulis semua nama..so mereka ni lah act yang paling byk bersama aku sem lepas..the best lp group ever bg aku.. semua osem and ad karekter sendiri..act kerekter2 ni lah yang mewarnai hari2 kitorng..hahahah
sofiah..
2nd boss in this group..the only one yg suka ajak aku sembang isu yang ramai org x suka..isu semasa..politik..sometimes die bagi tajuk yang buat kita berfikir..and keluarkan pendapat masing2..tapi..kalau kne time die x de mood..ok sumpah aku mmg x layan die..kalau x dgn aku2 sekali xde mood..hahaha tgk die pun dh rase nk sepak kalau tgh x de mood tu..semua bende nk marah..semua bende x kene..ayat die mmg pedas gila kalau perli + maki! hahahah sofia..video penang tu aduhhh malas betul nk buat..hahah biarlah kenangan tu terperangkap dlm memori dan hati masing2 je hahaha.. btw thanks sbb selalu teman kan aku dgnnnnnnnn .... study..makan..keluar kdg2..hahaha and sbb byk tlg aku jd postman..hahaha..sorry kalau sometimes ter inore kau bila dgnnnnnnn.... and sorry kalau ter anoying..hahaha
alia..
sapa lelaki yg x suka die ni? cantik..comel..huh goyang jugak kdg2 tgk..hahahah nasib hati ni dh terkunci hahaha *gurau2* ok alia..rajin! kdg2 aku jeles tgk die ni..training komander lagi..belajar lagi..tp perform..respek lah..but alia..sorry sbb byk perli kau masa LP..act aku x maksud apa2 pun..x marah pun kau selalu curi tulang..selalu pponteng Lp hahahah sebenarnya saje je sakat..biaselah dlm group mesti ad selingan2 tgh2 penat panas tu.hahah..sorry sorry sorryyyy...and kau! hahaha masa part 1 sbb kau aku gagap baca surah yassin depan ustaz ahmad..sbb kau tenung mcm nk mkn org..hahah tahulah suara aku merdu..ahahahakot ia pun jgn lah sampai jatuh bendang sbb teringat..x pun langgar tiang dkt pintu pagar..hahahahah
bazilah..
huh! hahahah *acah2* :b die ni lagi panjang kalau nk describe! okay..rajin..and ad semangat nk belajar bende baru..selalu die ni la yg dtg awal beratur nk pinjam alat kalau buat kerja luar..hahah sometimes dia ni cepat sgt give up! sometimes mmg blh give up...tp sometime kita x blh give sbb kita x tahu berapa hampis kita dgn kejayaan tu..and i'm proud of you sbb berjaya jugak harung 5 sem ni! just a few month and kita bebas dri diploma! so fight for your last! hahaha and i hope we will meet again in degree inshaAllah..best dpt partner mcm ni..hahah geng makan tomyam geng makan lah senang cerita..hahaha and org yg paling byk ad dgn aku susah senang..hahahah never forget this! and i miss you! a lot!
khairul,
boss..hahaha paling berpengaruh dlm group! x de bende yg x boleh..even x tahu pun kita belasah je sampai boleh..hahahah kau mmg osem bro! serius osem! byk jugak yg aku belajar dri kau..hahahah geng main fifa mlm2 hahaha sumpah rindu! lepak roti canai ptg2..alahai hahahah *nampaknya afiq ketandusan idea nk bercerita huh!* okayyy hahaha cuma die ni panas baran sikit..ok tu je pasal kau tp aku ttp rindu kau! hahaha
afiq,
haaa die ni paling aku benci! hahahah x de langsung yang baik nk describe pasal die..dh la pemalas..suka ambik mudah..suka tangguh buat report..haih byk main dri bekerja..sesuka hati nk badmood..klau x efek org lain x pe..ni hbs efek persekitaran.siot betul die..time LP nk badmood igt org nk lyn la badmood kau tu? -,- dh la suka bagi alasan..ckp besar semua tahu ni tahu tu tahu..bila suruh buat haprak x jadi apa.haih mcm mana lah blh group sekali dgn kitorg yg hebat2 ni.. hahaha apapun aku minta maaf bg pihak die eh.. tp die ni mmg keras kepala..suka pentingkan diri dan panas baran..kalau blh nk semua org ikut cara die.huh! i hate you! but ilove myself..
hmm sumpah aku rindu korang..aku rindu moment2 dgn korang..and aku harap sgt korang akan ada lagi dgn aku lps2 ni..but anyway aku doakan yang terbaik untuk korang..aku rindu korang gila!
rindu Ca..rindu nk berbuka same2,keluar same2,bercuti same2 and of course belajar same2, hmm jgn lupa aku tau! the most annoying person dlm kelas! hahahah goodnight then,
Subscribe to:
Posts (Atom)


























