Semalam aku diperli sbb bagi alasan takda masa.hahaha fine..ni aku cuba juga cari masa untuk tulis entri ni sbb tercabar..hahaha x la tercabar pun tapi aku tertanya-tanya macam mana kau boleh ada banyak masa untuk menaip bagi komitmen 100% pada blog kau! huh! adore gila and hasil dia pun memang kebanyakannya x mengecewakanlah..inspirasi gitu..mungkin jiwa kau pada penulisan kau. aku?
jangan tanya lah jauh panggang dari api kalau nak di bandingkan dengan kau! btw thanks for the great conversation last late night! tak tidur aku. hahah lama tak sembang ilmiah dengan kau..bertukar pandangan..saling memotivasikan diri..dari sekecil perkara sampai sebesar2 topik kita kupas semalam hahaha maaf lah curi masa tidur kau!
Alhamdulillah aku dah sampai gua musang..check in sini so then perjalanan ke Hutan Simpan Sg Relau lebih kurang 20 minit..InshaAllah kalau takda aral yg melintang esk dah mula kerja..huhu
so korang pulak macam mana? sihat? mesti semua dah eksaited nak raya kan? hahaha
korang pernah tak rasa macam tersalah buat pilihan? give up? rasa macam takda jiwa dalam sesuatu bidang? mesti pernah kan? aku pun pernah alami situasi dimana aku rasa macam nak lari dari semua benda dan malas ambil tahu satu pun. tapi bila sampai satu tahap..aku terfikir..sampai bila aku nak lari? lari ke tu? yaa kita lari sbb kita takut..give up ni actually satu pilihan so then kenapa kita kena give up sedangkan kita ada banyak lagi pilihan?
kadang-kadang kita rasa jatuh sebab kita tak boleh bawa sesuatu perkara..takda jiwa..takda hati.. tapi fikir balik..kalau korang give up..dan buat pilihan lain..korang pasti yang jiwa korang hati korang ada dalam pilihan baru korang? ok memang tak salah mencuba..sebab tak cuba tak tahu right? tapi sepatutnya pilihan tu dibuat bukan atas dasar give up dan bukan atas dasar terpaksa..jadi betulkan niat dulu sebelum buat pilihan :)
"Pilihan umpama kapal sedangkan realiti itu adalah lautan, secanggih dan sehebat mana pun kapal tak menentukan ianya selamat belayar kalau bukan kerana nakhodanya"Aku pun bukan nak kata aku sempurna dalam buat pilihan tapi jangan lah takut gagal..gagal tu satu proses..so dont give up and live the life you've imagined..kukuhkan asas dan letakkan persoalan kenapa kau perlu give up sebagai pandu arah sebelum kau buat keputusan.. redhakan hati dan bersangka baik dengan Allah..jalan kau sekarang adalah jalan takdir yang kau sendiri tentukan..
"Jangan putus asa kerana kita tidak tahu sehampir mana kita dengan kejayaan"

Comments
Note: only a member of this blog may post a comment.