Meet Afiq Ikhwan!

Seorang pelajar jurusan Sains Geomatik yang berkecimpung dalam industri pembinaan sebagai kerjaya. Seorang kontraktor yang bercita-cita besar untuk miliki syarikat setanding Megah Holding.
Personal
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, 4 January 2023

Moga Murah Rezeki

Wazzup korang yang masih baca blog Afiq ni. 


Macam biasa tukang update blog ni aku, Sofie aka AO yang dah lama menyepi. So, alhamdulillah hari ni, hari ke-berapa tahun baru kita masih bertemu di sini. Syukur....


Tepu sebenarnya nak update cerita bagi pihak orang. Sebab kita pun garu kepala jugak nak garap idea cari cerita. Tapi takpe...kita teruskan saja...


Dari mana nak mula ea?


Oh ya, sekarang alhamdulillah Afiq telah pun menjadi seorang ayah pada anaknya. Sedar tak sedar, semua orang dah berkeluarga ya. Alhamdulillah, moga murah rezeki...


Kalau blog ni hambar ke apa, abaikanlah ye...sebab aku yang menulis ni pun tengah ambil mood nak sembang dengan alam maya. Biasa sangat tulis bahasa yang takde orang nak baca,...dekat sini kita santai-santai je okay?


Mutakhir 2022 hari tu, terlalu banyak cabaran. Kadang tu tak tahulah bila sebua cabaran ini kan berakhir. Aku harap dengan berkat korang yang doakan aku, semoga semua doanya berbalik kepada korang juga. 


Aku doa semoga apa yang korang hajati bagi tahun 2023 ini ditunaikan, dipermudahkan dan segalanya menjadi kenyataan. 


Aku pun takde benda nak sembang sebab Afiq sendiri masih sibuk berjuang. Lama dah tak lepak sejak-sejak jadi ayah hari tu. Tapi takpe, aku faham...


Ni aku tolong buang sawang blog ni je. Kalau korang baca blog ni dan harap Afiq or aku datang komen, aku mintak maaf awal...sebab tak selalu ada masa untuk blogwalking. 


Kadang dah balik kerja, otak cramp macam kena shock. Tua benar bunyinya kan...tapi itulah kenyataan. 


Aku pun tak banyak benda nak cerita. Just aku harap korang tolong doa agar rezeki dimurahkan. Aku perlu sangat-sangat doa dari korang semua. Semoga diperkuatkan jiwa untuk terus berjuang dan bertahan pada setiap badai kehidupan. 


Aku doakan juga pada semua yang membaca agar dimurahkan rezeki. 


Itu je lah dari aku sebagai pencuci sawang di blog ni. Pape roger....






Sunday, 7 August 2022

Aku, Hidup dan 1444 Hijrah

Kabare gais! 

Lama giler tak update life aku kat sini. Ini pun aku yang update. Bukan Afiq. Aku as in AO dan juga sofieadie. 


Kau tengoklah sejak AO tenggelam, blog ni pun berhabuk tak terupdate. Yang hidup blog sofie je. Well, aku pun tak nak pening-peningkan korang. Kata Blog Afiq, tapi tukang updatenya sofie. Mendelahkan. 


AKU

Thanks Afiq sebab percaya aku untuk jadi pencerita bagi hidup kau. Akulah si penglipur lara hahahahah. Entri ni aku buat atas kebenaran Afiq. Dia bagi isi, aku reka ayat ikut aku punya rasa. 


Bila last aku tolong update blog ni ea?


Owh, masa zaman Afiq bujang lagi dowh. Sekarang dah nak jadi ayah orang dah sia. Giler lama. Aku punyalah tinggalkan blog ni suruh dia update sendiri. Alih-alih, aku jugak yang tukang taip reka cerita dekat sini. 


Kalau korang masih stay sampai sekarang, aku ucapkan terima kasih daun keladi. Aku tahu, semua orang ada kehidupan masing-masing. Sibuk tak payah cerita. Tapi aku tetap punya masa untuk update walau berkala. Berkala mende last aku update 23 Mei 2021! *face palm*


Tak berasa betul dah setahun lebih. 


HIDUP

Hidup selepas last entri: 23 Mei 2021

Okay, selepas 23 Mei 2021, Afiq dengan 'Misi mahu tamatkan zaman bujang' bermula begitu rancak. Tipunya semua platform cari jodoh dia join. Itu pun dengan bantuan aku. Kitaorang tolong dia tapis, finalised mana yang dia rasa berkenan. Itu semua usaha yang dia buat. Ikhtiar sebelum putus asa. 


Serius giler masa tu. Aku sendiri kalut jadinya. Maklumlah tinggal berapa bulan lagi nak habis 2021, seorang calon pun takda kan. Garu kepala member. 


Kekecewaan demi kekecewaan yang dia terpaksa hadap dan aku terpaksa dengar, yang berhujung dia sibukkan diri dengan lebih dalam dunia kerjaya. 


Tup, tup PKP balik. 


PKP yang keberapa aku pun dah tak kira. Masa PKP tu, nak dijadikan cerita, drama cinta Afiq bermula. Smooth giler. Kalau korang tanya aku, hampir setiap kali jumpa Afiq, dia akan bukak cerita macam mana detik pertama drama cinta dia bermula. Sebab member kita layan je. Walau itu cerita yang kesejuta kalipun. Tadahlah telinga tanpa jemu. Macam first time dengar. Angguk-anggukan je. 


Sebab orang tengah tak percaya yang dia dapat lunaskan misi dengan begitu mudah. I'm so proud of you brother!


Afiq Bertunang

So, dalam fasa PKP tu, Afiq dan bakal isterinya bertunang. Orang Melaka. Afiq kan Selangor, alhamdulillah proses merentas negeri masa tu juga dipermudahkan. 


Time ni Afiq tak bagitahu yang dia nak bertunang. Lepas pada tunang baru dia khabarkan. Senyap-senyap member buat kerja. Sedih dan gembira jugak bila dia bagitahu. Sedih sebab aku takleh dah nak suka hati-suka hati lepak dengan dia dah pas ni. Gembira sebab itu hajat dan misi yang dia idamkan. 


Sepanjang tempoh dia bertunang ni, dan masing-masing sibuk dengan struggle dunai kerjaya vs covid vs PKP, banyak hal nak kena handle, maka tak perasan masa berlalu begitu pantas. 


Afiq kahwin akhirnya!

Dalam hujung bulan 9 or 11 macam tu (aku pun tak ingat), Afiq send kad jemputan pada kitaorang. Kelab Arau-ian yang tahu dulu. Kitaorang dengan terujanya apa lagi, plan lah nak ke kenduri. Kenduri belah perempuan dulu dekat Melaka. Kitaorang as in Al, Baz dan aku share satu kereta gerak ke sana. 


Disebabkan menghormati permintaan Baz, kitaorang terpaksa untuk tidak hadir Majlis Akad Nikah. 

Aku dengan Al agak terkilan sikitlah sebab tak dapat tengok majlis yang gilang gemilang tu. 


Disebabkan PKP baru je habis, jadinya Majlis pun tak boleh nak berlama. Sempatlah makan, ambik gambar, bagi hadiah semua, kitaorang pun bersurai. 




1444 Hijrah

Di kala sahabat lain sibuk dengan dunia kerjaya, Afiq dan pasangan sedang menempuh alam pre-parents. Kitaorang doakan semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan urusan buat korang. 


Kaulah kawan dunia akhirat. Aku tahu kau boleh survive walau berjuta dugaan yang melanda. Chey chey chey....serius dowh. 


Aku rasa takat tu jelah cerita aku untuk hari ni. Setahun lebih punya cerita aku pun dah lost track dah apa yang berlaku. 


"Papehal aku masih je dekat sini. Cumanya, agak sibuk so aku mintak jasa baik sofie updatekan" - Afiq.

"Kaulah tak reti nak update blog aku" 

-_-

Ye aku dah updatekan dah ni. 


Aku tengah koyak broken jiwa raga ada je suruh update itu ini. Tapi okaylah, ada jugak distraction buat aku untuk tidak fokus pada broken semedang. 


"Kau, lepas ni takyah guna produk Coway. Kita boikot sesama tahu!"


"Asal?"


"Panjang cerita dia...yang penting lepas ni jangan sesekali subscribe produk Coway!"


"Aku memang tak minum air Coway. Rasa dia pelik"


"Bagus!"


Itu adalah perbualan terakhir sebelum entri ini ditulis. 


Cerita Seorang Afiq selepas setahun menghilang. Papehal aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan juga dunia akhirat. Walau kita tak sama ujian, aku tahu...cabaran kita seiring jalan. Dan hidup....perlu diteruskan. 


Akhir kalam, sampai bertemu di lain entri! Moga Husnul Khatimah!

Sunday, 23 May 2021

Perjalanan seorang Surveyor kini Kontraktor

Akhirnya diberi juga masa dan kesempatan untuk menulis sendiri!

Sibuk mengalahkan Datuk Seri! Haih...Nasib ada jugak AO tengok-tengokkan. Maaf ya yang mana comment tak berbalas :(


Jadi kita nak mula dari mana ya??

Beginilah kehidupan seorang afiq..bukan taknak jenguk kesini tapi kerjaya sebagai seorang kontraktor sangatlah sibuk. Lagi-lagi di musim pandemik ni. Nak menguruskan syarikat sendiri, pekerja, sales, customer yang bermacam ragam..haih..


Nasib juga masih single..kalau tak kesian pasangan..eh! hahahah


Tapi sebenarnya depends jugak pada individu tu sendiri macam mana dia uruskan masa dia kan? 


Pada aku, kerja tu priority nombor DUA dalam hidup aku sekarang selepas family. Almost 70% masa aku habiskan dengan kerja, 5% tidur dan selebihnya tu depends… 


Orang cakap takda work life balance, tapi pada aku kerja tu lah life aku buat masa ni..I love what I do!


I think this is gonna be a longggg entry but I will try to make it short :)


Seperti dijanjikan, entri hari ni aku akan kongsikan sebuah perjalanan seorang surveyor yang kini menjadi seorang kontraktor.


Afiq Surveyor

Macam mana boleh jadi kontraktor???

Sebenarnya penat dah jawab soalan ni dengan kawan-kawan. Maklumlah, habiskan masa 6 tahun belajar dalam bidang geomatik, tiba-tiba tukar bidang. Tapi tu yang orang nampak. 


Sebenarnya 6 tahun + 2 tahun dalam industri survey tak lah lama berbanding 14 tahun dalam bidang kontraktor ni..


14 TAHUN??! 

Yes 14 tahun!


Aku mula terdedah dengan sektor pembinaan ni dari umur 10 tahun. Darjah 4. Entah datang dari mana minat tengok orang buat rumah. So, cuti-cuti sekolah aku akan semak minta kerja dengan indon-indon yang buat kerja renovation dekat kawasan rumah tolong bancuh simen ke…


Bahasa tukang orang panggil "kongsikong" lah mcm tu hahah dapatlah RM25 ringgit sehari..


Macam mana boleh confident nak buka syarikat kontraktor sendiri? Tahu Buat kerja ke?

Tahlah datang dari mana keyakinan ni.


Tapi, sebelum tu aku berhenti sebagai seorang surveyor dengan gaji basic semasa RM2800. Notis 24 jam sebab ada conflict dengan pekerja lama. Malas nak gaduh dengan working environment yang tak bestnya..huh! 


Tapi keyakinan tu datang bila terdetik satu ayat dalam hati

 "Sampai bila nak kerja dengan orang..."


Berbekalkan ilmu yang tak seberapa dan modal tak seberapa, aku start dengan project kecil-kecil tanpa mengajikan pekerja untuk kumpul aset (barang-barang kerja) dan asah balik skill.


Konsep aku, ambik je apa pun kerja. Boleh buat ke tak boleh tu nombor dua. Sebab bila owner dah bagi deposit nak taknak kena bagi boleh jugak..belajar lah macam mana pun janji siap cantik dan tuan rumah puas hati.


Alhamdulillah setakat hari ini belum pernah kecundang :) 


Sentiasa dipermudahkan urusan aku belajar sesuatu yang baru dengan hanya memerhati sampai ada client cakap, "Saya tak tahu lah apa je yang kamu tak boleh buat Afiq" hahaha *bangga jap..


Then baru lah slow-slow form team. Dan sekarang, dah ada 14 orang pekerja MAA TEGUH BINA dalam masa setahun 6 bulan :)


Hakikatnya, nak jadi seorang bos bukan senang ya anak-anak :) Entah berapa kali aku nangis. Aku terduduk, bangun balik then terduduk balik…


Tak semua orang yang tahu.. 


Lagi-lagi nak run syarikat dalam musim pandemik ni. Nak kekalkan sales, nak jaga kebajikan pekerja, nak yakinkan customer…


Hat ni paling berat sebab nama kontraktor melayu ni dah rosak….


Susah orang nak percaya kontraktor melayu disebabkan segelintir yang merosakkan nama melayu ni. Nak bersaing dengan cina. Yaa aku ikut 100% cara Cina berniaga. Bergaul dengan diorang banyak dapat nasihat..


Kenapa Cina punya harga tinggi? 

Sebab servis diorang tiptop! 


Jangan main harga. Biar tak dapat untung sikit, janji tak rugi. Selagi ada kudrat kita hustle lebih sikit. huhu 


Moga-moga tercapai impian pencen sebelum 50..hahaha 


Sekarang kita kerja keras dulu cari duit..


Jadi aku akhiri entri ini dengan bangganya mengatakan,

"yang aku seorang kontraktor muda berumur 26 tahun dengan 16 tahun pengalaman!"


hahahahha acahhhh


Afiq 2021

Tuesday, 2 March 2021

2 MARCH TO HANDLE

Yeahhh hello guys..


Glad to be here againnnn.. Alhamdulillah Berkat "AO", seorang afiq kembali semula ke sini..



Lama dah tinggalkan dunia blog ni.. So, since ni first comeback entries.. I just want to share yang I'm too busy having real life out there.. *padahal takde life*. 


Contoh busy seorang afiq:



So, since I'm too busy bina legasi untuk mencipta peluang pekerjaan kepada yang memerlukan, terlantiklah "AO" tanpa sengaja sebagai co-writter kepada seorang afiq..hahaha..


Ni AO nya. 



Maklumlah lama tak update.. So here sedikit sebanyak tentang aku.. Daripada seorang surveyor kepada seorang pemilik syarikat kontraktor.. How and why? Tunggu next entries yaaa :) inshaAllah..


Salam kembali and Wish me luck dalam membina empayar angan-angan sendiri ;)


- by Afiq


///


Yup, aku AO. Tukang edit, kemaskan bahasa, masukkan gambar, make sure ada pembaca dan sebagainya. Untuk korang yang datang sini dari blog aku, jutaan terima kasih diucapkan kerana support blog member nan seorang ni.


Untuk korang yang datang dari fan club Seorang Afiq, aku tahu sangat tu...rata-ratanya korang tak main blog. Tapi, tetap aku nak ucapkan terima kasih kerana menghidupkan laman ni. Aku harap takde dahlah entri bertajuk 'Aku belum mati', 'Kembali' dan sebagainya.


Apa-apa pun, akulah yang kena pastikan ianya terusan hidup. 


Tu jelah short introduction sebagai co-author/co-writer kepada seorangafiq.blogspot.com ni. Aku harap satu hari nanti, si afiq ni tak kedekutlah nak beli domain. At least, tak tergeliat lidah nak hafal url. 


Adios!

-by AO

Sunday, 10 December 2017

aku belum mati


ya aku masih hidup, aku belum mati..aku sihat..hidup aku pun biasa biasa sahaja...

ya ya aku tahu takda siapa pun rindu...


Monday, 7 November 2016

Patah tak Hilang


 

Betullah apa orang kata "yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti"



hai gais..lama betul tinggal blog ni..maaf maaf..bukan lupa..tapi lebih kepada menghayati dan cuba memahami kehidupan baru...*cewahh ayat* hahaha..sebenarnya banyak sangat bende yang nak aku cerita dalam ni tapi tak tahu nak cerita mana satu dulu..hahaha okay kita mula dengan kehidupan baru aku..*jeng jeng jengggggggg!!!*



aku cuba tulis spontan...


Kehidupan degree tak sama macam diploma..ya alhamdulillah aku dapat Arau macam yang aku nak..tapi kehidupan awal disini aku benci..*classmate hambar* dan aku betul2 rasa hilang dan tak sama macam zaman diploma dulu..tapi tu mula-mula, biasalah..orang kata tak kenal maka tak cinta *chia chiaaa*. hari demi hari kami semakin kenal, makin mesra dan akhirnya masuk air bersama..hahaha Alhamdulillah sekarang kami bagai keluarga..

*Confession semalam….

     “jujur ni..mula-mula kitorg masuk kelas kitorang paling benci dkt korang tiga *Ramdan, Aku dan Khairul*”

     “Dengan muka kereknye, poyo je masuk kelas”

     “Tapi bila dah kenal tak sangka pulak korang macam ni hahahah”


Dan kami pun berhuhuhu…

Ya aku tak kesah sebab dah biasa pun..situasi sama bila aku pergi mana-mana..orang akan cakap aku POYO hahaha tapi bila dah kenal lain..sama macam zaman diploma dlu..semua cakap aku poyo sebelum kenal *biasa dah*. Entahlah..tapi kadang-kadang aku suka jadi poyo..bukan apa..pada aku seronok sebab dapat tengok orang judge kita..dari situ sebenarnya kita dapat kenal seseorang..pada aku lagi, aku suka dilabel poyo, berlagak dan sombong..sebab dari situ orang akan bercakap pasal kita..maknanya aku tahu ada orang memerhati aku dan ambil kisah pasal aku.. *hahah poyo kan?*. tapi sebenarnya aku bukan macam tu..cuba tanya orang yang kenal aku..cara aku berbeza dengan orang yang aku rapat, kenal dan tak kenal. Lagi satu aku x suka orang faham aku..tapi.. * lelaki mana yang taknak perempuan yang dia suka faham dia kan* hahaha lari topik kejap..

RAP220c…
Korang punya semangat lain macam..semua aktif macam kanak-kanak yang tak pernah ada masalah..kalau boleh 24jam nak ada aktiviti dengan korang..penat..penat gelak hahaha..korang awesome… serius!

RAP120c…
Korang apa cer?? Macam mana kehidupan degree korang..kasi lah review sikit..apa pun..aku rindu korang serius..ada masa kita lepak nanti..jemput-jemput la melawat aku dekat arau ni..hahah..aku harap korang pun enjoy dengan kehidupan baru korang..korang pun awesome… serius!

Aku tahu makin lama aku makin mengarut..
Otak berkecamuk antara Mandrin dengan Statistic..
Arghhhh aku stress..
Mana satu nak baca ni..
Aku gerak dulu..
Nanti jumpa lagi..
Bila aku ada mood nak menaip *hahaha k*


Goodluck semua dan goodluck untuk aku..

Saturday, 13 August 2016

AKU DAN BOLA

Sabtu, Ogos 13…

     “ Abangg!! Bangun makan..” *Teriak mama dari dapur*

*Tersentak* Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 1338..*menggeliat* seronok juga dapat bangun lewat cuti-cuti macam ni..selalunya pagi-pagi lagi aku dah dikerah ke pasar membeli barang dapur dan barang basah..

     “yee! Jap ma 15 minit..”

Arghh malasnye nak bangun..sempat jugak aku menaip memandangkan komputer sedia terbuka di atas meja..

2 jam berlalu..yaa aku baru saja habiskan dua episode “doctors” yang aku terlepas dek sibuk dengan kerja..jadi ini lah aku di hujung minggu..kalau tak keluar meraban menghabiskan duit..aku akan habiskan masa dengan komputer, katil dan gitar..ya mungkin hobi baru tapi aku cuma bermain hanya untuk kepuasan diri..huh! gulai rebung dengan talapia bakar dah selamat dihadam..entah bila lah lagi aku dapat makan masakan mama sejak bulan depan aku kena kembali menetap di arau.

Memandangkan epl bermula malam ni jadi aku buka topik “aku dan bola”..apa kaitan dengan aku?

     “Susah nak cari lelaki tak minat bola”
     “eiii membazir je pergi sampai Vietnam semata nak tengok bola”
     “serius lah kau pergi Singapore semata tengok bola?!”
     “tak rugi ke? Tak rasa membazir ke?”

Yaa tak ramai faham aku..mungkin minat kita berbeza..macam mana pulak dengan gamers yang melabur duit beribu ringgit hanya untuk membeli papan kekunci dan tetikus komputer? Membazir bukan? Sedangkan bagi kita yang biasa-biasa ni anggap “sama je kan keyboard dengan mouse yang biasa tu? Membazir je..” itu lah yang kebanyakan kita tak faham..

bila berbicara soal minat dan jiwa ianya berkait dengan kepuasan..jadi tolong jangan mempertikaikan minat seseorang dengan mempersoalkan kepuasan yang dia dapat. Kau takkan pernah faham selagi kau bukan salah seorang dari mereka..percaya aku.

     “kenapa nak pergi jauh-jauh? Dekat tv pun boleh tengokkan?”

Soalan ni juga pernah menjadi persoalan dalam diri aku masa aku masih belum terjebak dengan dunia aku sekarang..ya soalan lazim..jawapannya Tak sama! Macam aku cakap tadi..kami yang minat akan memilih sesuatu untuk memenuhi kepuasan diri sendiri..menonton bola di stadium tak sama macam menonton bola di television..kenapa? sebab takda jiwa.. kalau nak di bukukan, lengkap dah pengembaraan aku untuk semenanjung Malaysia..tinggal stadium sabah dan Sarawak aku belum jejak.. mungkin satu hari nanti untuk aku lengkapkan juga..

     “kau spend berapa ringgit sebulan untuk bola?”

Aku sendiri tak pasti jawapan untuk soalan ni sebab aku sendiri tak pernah ada bajet untuk bola..lagipun jadual perlawanan bukannya tetap..kadang seminggu dua perlawanan..kadang awaydays jadi bajet aku tak tetap asal aku dapat pergi. Bermula dengan Ultras dan Rawang Brigade tapi sekarang aku memilih untuk bergerak dengan kelab sendiri..yaa kami NSS..yang lebih kepada kelab komuniti dan bukan sekadar kelab penyokong..

     “susah nak cari lelaki tak minat bola”

Sama lah macam susah nak cari perempuan yang minat bola..sebab apa? Zahirnya lelaki ni kalau tak bola dia akan minat game..dua je..ada bukan tak ada..tapi tak salah dia nak minat apa pun asalkan dia tak minat lelaki jugak dah lah..hahah dan asalkan dia x lupa tangunggjawab dia yang lain…


Dah lah..tak payah faham minat aku..mari kita duduk semeja borak..masuk air sama-sama..haha

#MerahKuningLambangKebanggaan

#you’llNeverWalkAlone

Friday, 12 August 2016

AKU PILIH GEOMATIK



     "Bukan aku tak move on..."

arghhh!!!
bukan aku tak sedia nak hadap geomatik lagi..bukan jugak tak sedia nak hadap degree tapi tak sedia nak hadap situasi yang berbeza di tempat yang sama.....

     "alhamdulillah dapat jugak aku sambung degree..masih geomatik dan masih diarau seperti yang
     diharapkan.."

Memori yang tercipta tanpa sengaja..tiga tahun tak cukup nak diceritakan dalam satu entri dan tak pernah cukup untuk dirungkai dalam bentuk perkataan..suka..duka..cinta..biarlah aku sendiri yang hadam dalam kepala..

     "Tahniah, Anda berjaya ditawarkan tempat di...."

Huh! berakhir jugak debaran...sungguh saat itu aku rasa sangat tak sabar nak bergelar sebagai seorang pelajar kembali..yaa tak sabar nak letak notis berhenti kerja atas meja yang berlapik kulit..bukan kerana aku bosan atau mengalah dengan kerja aku sekarang..cuma aku ingin bebas buat seketika..bebas dari tanggungjawab seorang surveyor..sekarang aku dapat rasa bertapa berat tangungjawab seorang surveyor..bukan sekadar mengira kepingan kertas dihujung bulan..

     "yeay! dapat arau!!" teriak aku...

Bermula babak sedih dalam babak gembira..apa guna aku di arau kalau hanya tinggal aku dan kenangan? mungkin dua tiga orang masih setia bersama aku..tapi tetap tak sama macam dulu! bila mana aku cuba bayangkan mereka yang selalu bermain dimata kini tiada lagi untuk menjadi lukisan dalam hari-hari aku.. huh! sungguh arau takkan sama macam dulu! 




Mungkin kalau dulu aku pilih untuk rapat dengan korang..sekarang aku nak pilih untuk ada dengan korang lagi..tapi laluan kita dah tak sama..betullah apa orang cakap orang yang selalu dengan kita takkan selamanya dengan kita..biasanya yang ditinggalkan ni lagi terasa dari yang meninggalkan..jadi aku boleh katakan situasi aku ni situasi ditinggalkan la kot sebab semua yang lain dan move on..

     "wehh asal senyap? kau dapat mana?"
     "Ikram tak bagi tahu kau ke?
     "takde pulak..kenapa?"
     "aku tak dapat la..upu dengan penerapan.."
     ...........

AKU TAK DAPAT! Masa tu aku rasa sebak bercampur serba salah..wehh! apa kau rasa bila seseorang yang kau ada susah senang masa diploma tak dapat sedangkan yang lain semua dapat..rasa serba salah sebab tak dapat tolong kau kawan! hm..di saat kami teruja membincangkan tempat belajar masing-masing dan semangat mencari rumah sewa..yaa memang patut kau senyap..aku rasa apa yang kau rasa..InshaAllah rezeki kau ad tapi bukan disini kawan..

     "1703, Afiq masih di pejabat dan masih mengadap komputer riba...arrghhh ketandusan idea!
     terlalu banyak hati ni berkata sampai susah nak cerna"

Bagi aku ruang untuk berbicara soal cinta....
Untuk kau yang aku cinta..aku minta maaf sebab tak pernah berjaya buktikan apa-apa..aku minta maaf selalu buat hari kau berserabut..aku minta maaf kalau aku yang gagal dalam hubungan ni..hampir tiga tahun kau ada dengan aku..kau kenal aku..kau bertahan dengan aku..kau cuba sayang aku..aku minta maaf kalau aku punca..aku dah cuba apa yang aku mampu..terima kasih sebab kau aku kuat..sebab kau aku semangat dan sebab kau kita habis diploma..

Alhamdulillah hajat aku tercapai nak habis sama2..tu cukup buat aku gembira dan rasa dihargai bila kau cari aku untuk cuba bangkit saat kau jatuh..terima kasih sebab bagi aku peluang sayang kau dan kenal cinta..kau dah pilih untuk haluan kau..moga kau lebih bahagia dengan hidup baru yang kau cuba cipta..aku? aku kene pergi dan buang perasaan ni..

Walaupun hari-hari aku masih berfikir tentang kau..stalk kau..dan masih tunggu kau..tapi sekarang aku betul-betul kene buang perasaan ni sebab aku tak rasa yang aku masih ada peluang..aku sedar perasaan aku ni cuma buat kau lagi sakit..betul cakap kau..hati manusia tak boleh dipaksa..aku tak pernah menyesal dan tak pernah anggap kau salah..kalau kau kata kau tak sedia sekarang aku sendiri simpulkan sebenarnya aku yang masih belum sedia bukan kau..

     "yaa tahu dah 1730..malasnya nak balik!!! jauh lagi perjalanan ni..rasa nak je bermalam dekat 
     pejabat ni!"

Akhirnya tergendala juga entri dipejabat..

     "2319, Afiq kembali menaip..."

Baik..mungkin ini yang terakhir..buat mereka yang selalu bersama aku dulu...kumpulan kerja lapangan...sorang masih setia disisi aku..lagi tiga dengan dunia baru..semoga korang berjaya dengan pilihan tu dan tak lupa aku..pada semua yang aku pilih untuk rapat..aku tak pernah menyesal dengan keputusan tu..carilah aku kalau bosan..mungkin nak bercerita tentang kehidupan baru tanpa aku? akan aku tunggu notifikasi beharga dari korang! Tahniah Semua...

     "ceritaku tergantung"

Peduli apa aku..sudahlahtu, aku mahu beradu...

Tuesday, 5 July 2016

HARI RAYA



Tepu dan Lesu...
kepala tak henti merangka kata..
tapi tetap bisu..masih tiada semangat dan kerajinan nak berbicara..
ya betul lah tu bukan salah masa..
arrghh!!
paksa diri kau afiq!

huh! pergelutan misteri didalam diri yang penuh dengan dilema..

so gais mcm mana ramadhan tahun ni?? alhamdulillah puasa penuh hahah but still kecundang dengan terawih..hmm..so puasa pun dah nk habis..yaa biasenye dh nk hbs2 puase ni ramai lah yang sembang-sembang sedih..puasa nak habis..cepatnye ramadhan berlalu..huh! typical malay..but ok la kan if diorg betul-betul sedih dengan pemergian bulan mulia ni..tapi bagi yang fake2 acah2 sedih then terlalu over tu korang nak apa? perhatian? hahaah tak baiknya aku sesuka nk judge..


okok move on dengan topik ni..ok then macam mana persedian raya? eksaited kan kemas rumah? tuka langsir baru?buat kuih raya? haaa cerita pasal kuih raya..tahun ni aku heart broken so takde semangat nak buat kuih hahahah boleh ke macam tu? tapi memang tu lah takde semangat langsung..so semua kuih beli je..hahah baju raya pulak? hmmm baju raya pun pakai baju yang tahun2 lepas je hahah nampakkan bertapa x berwarna warninya raya aku tahun ni..hahaha so sape lagi #TeamRayaGrey #TeamRayaBiru #TeamRayaPurple ? ok kite geng hahahah..eh tetiba banyak pulak warna kan? hahaha

sebenarnya aku malas sangat nak sembang pasal raya ni..entrie ni pun aku tulis tanpa tujuan..lately ni aku hilang semangat so please someone bg aku semangattt :(

actually banyak bende yang dah aku rangka tapi masih belum ada mood nak menaip..huhu x de semangatkan..and good news Alhamdulillah project tree top walk dekat sg relau merapoh tu dah approve! huhu that job sangat banyak memberi aku pengalaman dan ilmu baru! 
hahaha nanti-nantilah aku cerita pasal tu..

sambung cerita pasal raya..hahaha korang raya mana? aku #TeamRayaSelangor je.. maklumlah rumah nenek tak sampai 5 minit je..hahaha tak lah banyak sangat modal nak keluar and ofcos tak mengadap kesesakan-kesesakan jalan raya huhu.. so sape yang belah2 selangor tu boleh lah roger-roger kalau nak lepak-lepak nak beraya ke..yang bawah 6 tahun abang bagi special duit raya untuk korang yang perempuan kalau abang berkenan abang sediakan duit hantaran terus..eh? hahaha so okaylah selamat beraya..
maaf andai kata buat korang terluka..maaf juga jika perilaku buat korang tak suka..selamat hari raya :)