Orang selalu nampak kita mewah dan senang ada-adanya hasil hidup dibawah bayangan orang lain. Tapi, orang tak pernah tahu...jerih dan payah bangunnya kita untuk jadikan kita itu, kita hari ini...
Isu ni kalau nak dibahas, sampai ke sudah memang akan senantiasa ada ulangannya yang sama. Balik-balik, orang tetap akan berkata, mengata dan apa saja yang boleh buat hidup kita serba tak kena....Pelik! Walhal bukan mereka yang hulur kala kita derita...
Kita...tak sama...
Mungkin kau nampak aku gah membeli barangan mewah, tapi kau tak tahu itu adalah reward buat diri aku yang terperuk simpan impian untuk milikinya bertahun dahulu...mungkin...
Paling kelakar, boleh pulak nak ukur kejayaan kita dengan usaha dia?
Ewah, ewah, ewah....dia kerja 9-5, Isnin-Jumaat, kita siang malam, Isnin hingga Ahad...mana sama!
Eh, aku pulak yang emo...
Tak...aku just nak cakap...struggle kita takkan pernah sama...
Macam ada satu quote yang seorang Afiq ni suka;
Life is a struggle for every human. We have different struggle but we are struggling in our different ways...
Maka, kita tak sama...
Hatta tulisan co-writer dan author blog ni sendiri pun akan punya rima yang berbeza walau isi yang hendak disampai itu sama....
So, cukup sampai sini aku tolong update entry buat blog ni...sebabnya seorang Afiq lagi kesibukan bina legasinya...
Papehal, thanks geng sebab sudi lepak even virtually....


Orang yang suka pertikaikan ni, abaikan je.
ReplyDeleteyang orang nampak mewah kita je, yang kita kerja tak kira masa mana nak nampak! eee marahnya 😆😂 btw done follow seorang afiq hehehe
ReplyDeleteBetulll! Sbb manusia suka tengok time orang berjaya je..time susah mana diorg pandang hahah..tq shafyqah azahar 😆
Delete